CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

This is the place that i can get mad all i want it to be .

Dear Pretty pretty wow and Machos ,

Im Mad . close meaning , Crazy yet intelligent . HA-HA
Refer to the title ,
reader should know that the content are totally messed up with my philosophy .
u shouldn't adapt my MAD & BAD writing into your daily life i guess .
This is MY blog . and i assume that nobody will offense with any of my dear entry . If i did , im sorry in advance .

If you don't like it , please leave . tak-wajib-baca .
If you like it , i think you have been infected with mad-viruses that bring by me .

For those who was intend to visit my blog , please do that with no regret .

T Q V M :D

masalah dunia..pening.pening


satu masalah dunia...
meaning; masalah yg semua org di dunia ni hadapi.


masalah hubungan rumah tangga.
- bg org yg dah berkahwin,
- org yg bertunang,
- org yg ber'couple'
- org yg mempunyai perasaan antara satu sama lain.


pd suatu ari si A mengadu masalah kpd aku,
masalah umah tangge kate nye,
;tgh tunang sbnanye..
kesian sgt ak kat si A tuh.


setelah kami ber'deeper conversation'
[berbincangan harus di rahsiakan demi keselamatan dan privacy]
ak berpendapat yang mereka harus berpisah..
wuwuwuwuu..
mmg sedih,
tapi itu yg terbaik!


si A masih muda dan cantek,
pasti ramai cowok2 ganteng yg menunggu diluar sane,
so,
lupa kan si dia.
dan mulakan idup baru!
;)


sabar ye si A!
tuhan xkan beri dugaan yang melebihi kemampuan kite..
all the best!

7 bersamaan 1 minggu.

ini bermakne tinggal 7 ari jela aku nak bertempek kat umah ni,
adoi....kalo la korang tau betape bosannye aku kat umah nih,
xde keje lain,
online online online.
makan,
tido.
tu jelah..
bapak ah! ak gerenti bile korang jumpe aku bukak sem nnti,
sumpah tekejot! gemok gile aku wey skang..hahaha
tak nak kalah nan adibah noor tuh!
xde la gitu skali ye,gurau2..hehe
kuar umah pon aku tak buat,
korang caye tak, kadang2 tu kan, aku sampai
6 hari tak keluar umah langsong, keluar dari pagar pon tak!
btol, tak tipu..


lagi satu kan,
aku sbenanye, x sabar2 nak masok umah sewa,
hehe,bukannye ape, xsabar na tengok umah tuh kemas dan cantek...
ari tu kan aku balik kejap umah tuh,
saje la tengok2, ya ampun! macam tongkang pecah!
pecah pon tak macam tongkang, kau!
sampah punye la banyak,
akak2 tu ingat umah ni tmpat pelupusan sampah ke?
ngokngek btoi!
adeke patot barang2 yg dorang tanak dorang maen longgok je
kat ruang dapur?? 2 limeposen kan?
pastu nak suh kitorang hangkut aa sampah2 dorang tu?
ntah la wei, camane la nnti kan??
dala umah tu tinggkat 4! yang atas skali pulak tuh,
haha,takpe stamina aku kan kuat..haha tak bleh blah punye ayat!
kadang2 berangan sndri pon best gak..
bkn ade org tau ponn..hehe

Training Softball Bermula !

"Softball tu natam apa?"
haip! sapa berani tanya macam ni mari haku sumbat bola lisut ke mulut kau.

heh, kata diri sendiri nampak?
kau tak ingat ke kau pernah tanya En.Aziz soalan sampah macam ni masa Sem 1 dulu ?

errrrrrr....oh eh....ade eh aku tanya macam ni? he-he sorry, haku tarik balik statement atas sana.
berani sungguh kau yer, mengata orang.


yer baik baik, sapa2 mau tanya softball itu apa, silakan ;)

kalau engkau orang tanya aku softball tu apa, my answer could be like this;
hah, sopbol tu main dio samo jo mcm roundes tu hah, cumo dio ada la sikit rules yang ekau sumo kono ikut...hehe

ok sudah faham . mari kita merujuk kepada tajuk entry hari ni !

masuk saja semester baru , training softball pun bermula...

tamat,,,
eh ini aje ?
biasanya panjang entry kau sampai mengarut ngarut ?

p/s : Maaf lah . aku tetiba macam malas la pulak nak taip . ;D

Melaka - Pulau Langkawi - Pulau Aman - Shah Alam

saya sibuk. terlalu sibuk. harap maklum.

Pergi Taiping , rumah siapa ?

weh kau pergi mana weekend nie ?
ntah taktau lagi , tak pegi mana-mana kot . huh bapak bosan kot .

yela cuti 5 hari kan , aku balik rumah la , kau jangan jelesss hahaha .
huh , macam haram je perangai ;p

aduhh , nak pegi mana ni......

kring kring .
yup ?
u free tak ?
kenapa ?
besok jum pi umah i , mak nan adik i suh datang .
erk ?!
kenapa ? jum la tidur sana weekend .
takpe ke ?
ala family i ok la ..
i takut la ..
ala rilex la , dorang okay u don't worry :)
okay la , i nak kemas2 barang dulu .
see ya ! ;)

saya pun pergi lah ke rumah Mak Cik Norizah ,
anak dia kz ,

HEHE :P

jantung macam berhenti bergedup . takut gila oh !
bila dah sampai rumah Mak Cik Norizah.........

i feel like _____________ .
sila isi tempat kosong . HAHA .

famliy kz sangat warm dan baik sekali .
terutama Mak Cik Norizah , Cein , dan kakak .
kalau taknak makan nanti kau kena . HAHA .
mesti makan ok , kalau kau makan sikit pun nanti kau kena . HOHO .
saya sangat bahagia macam ni .
semua layan saya macam princess !
i feel welcomed :)
mak kz suka saya . kot . HAHA !
i hope so ,


Cein which is adik kz dan kak yana which is kakak kz ,
sangat banyak cakap .
seronok tahu menyembang dengan dorang .
adaaaa saja topik hangat nak diceritakan .
saya pun kalau dah orang banyak cakap ni saya pun keluar la tanduknya . HAHA !

Pak Cik Rashid dan Abang kz tak banyak cakap , tapi dia orang pun okay :)
saya malu lah nak bertegur sapa dengan mereka . HEHE .
sikit sikit cakap boleh la ;P

apa apa pun saya rasa gembira dapat berkenalan dengan family kz ,
atleast mak kz tahu dengan siapa anaknya berkawan .
dan saya rasa sangat bahagia kerana kz sudi bawa saya bertemu parents dia .
and i think he's serious with me :)



syg , i suka lah family u .
kan i dah cakap dorang okay..
hehe , nanti kalau i nak datang lagi boleh ke ?
boleh aje , mak i pun suka :)

:ppppp

saya cinta dia *jiwang suda

when i see you , i see love .
when you touch me , i feel love .
and after all we've been through , you're still the one that i love .

im touched when you say that you really love me too sayang .

i love you kz , ALWAYS .

Hari yang paling menyedihkan

hari yang paling menyedihkan.

patah hati.
kecewa.
sengsara.
merana.

hati sesak.
hati hiba.
hati terluka.

saat saat yang membengkakkan mata.
membasahkan bumi.
menyakitkan kepala.

memerlukan seseorang untuk meluahkan.
aku luahkan kepada blog ini.

bukan mahu berkias.
tapi hanya tempias yang tidak perlu dihuraikan.

Nurul , sabarlah menghadapi dugaan . Tuhan maha adil dan tidak akan memberi dugaan lebih dari kemampuan.

Jika kau ingin kekal . maka bertahanlah !
Bahagia menanti di hujung jalan.

eeeeeeeeeeeeee !

eeeeeeeeeeee !
rindunya nak update blogggg !
hari hari baca blog orang , yang blog sendiri ni tak geti nak update kan Nurul kan ??

pemaleh ! kamu adelah pemaleh !

haa sedar ponn :|

nak tau tak saya tengah kat mane ni ?
kat office okayyy , update blog kat office okayyy . HAHA
kalau bos nampak , piiiiiiiiiii !

you fired !
kuang kuang kuanggggg

kalau korang perasan lah kan ,
saya punya enrty biasanya takda gambar kan ?
apatah lagi nak buat entry entry berciri wordless ____day ne :P
biasalah , saya kan pemaleh T_____T

dan kalau korang perasan jugak saya punya previous entry dah hilang, kan ? kan ?
haha padamuke takleh bace dah. saya hide dia lah, sebab maluuuu hehe

kbai :PP

kulit ; mari aku ceritakan .

Apa yang korang bayangkan bila aku cakap 'kulit' ??

kulit ular ?
kulit buaya ?
kulit kulat ?

heh . diam kau kulit . HAHA .

Hari ni aku terasa nak gebang pasal kulit .
Entah dapat idea sengal dari mana tah nak cakap pasal kulit ni .

Cuba kau kira , baru mukadimah saja aku dah sebut berapa banyak kali kulit ??
sampai aku terasa janggal pulak dengan perkataan 'kulit' ni . can you just shut up nurul ?

Kulit ada macam macam jenis ye kawan kawan . Mari sini aku gebang kau .

1 ) Ada kulit manusia , macam aku dan kau semua ada .

kulit manusia ni ada macam macam pesen ( fashion ) HAHA .
Ada yang gelap macam Negro ,
ada yang putih gebu macam Taylor Swift ,
ada yang pucat macam orang sakit Albino ,
ada yang kuning langsat macam Fahrin Ahmad ,
ada yang burn macam aku , HAHA
ada yang sawo matang macam Shaharuddin Thamby ,

AND ada yang kulit putih tapi gatal nak kulit sawo matang .
Ini boleh dilakukan dengan menjalani process Tanned dengan menjemur badan secara sexy
( wearing 2-piece or underwear ) dibawah sinaran matahari di tepi pantai .

Caution : the part that covered with 2-piece or underwear will not being tanned and will cause uneven skin tone and probably we can see the effects of such a GOOGLE in your chest and the TRIANGULAR shape at your waist , im sorry . This is so not good . u have to tanned your self NAKED unless u like it that way heh ?? LOL .

Biasanya Mat salleh and Minah salleh yang suka buat macam ni , kalau orang malaysia nak kulit tanned jugak aku tak tau la nak kata apa . bukan dah memang tanned ke ???

Belum masuk lagi part kulit yang berbulu . hah . kau orang mesti sudah fikir macam2 bukan ?
macam yang kau orang tahu , bulu pada kulit pun ada macam macam jenis .

ada yang lurus , halus , kasar kerinting , jarang jarang , bertompok tompok , lentik dan ada yang almost tak nampak , macam takda bulu saja .

tempat yang ditumbuhi bulu secara obvious ialah di atas mulut ( misai ) , dagu ( janggut ) , kening , bulu mata , ketiak , bulu ari ari (di @$#*^%$% ) , lengan dan betis .

2) ada kulit binatang , macam yang aku mention kat atas mula mula tadi .

kulit binatang juga ada pelbagai .
ada yang berbulu bulu macam kucing , sugar glider , tikus , panda , monyet , harimau dan sebagainya .
ada yang bersisik macam ikan , tenggiling dan ular .
ada yang licin macam belut , euwwww i don't eat belut :|
ada yang bergerutu macam biawak , katak dan buaya

kulit binatang ni ada banyak kegunaanya .

Contoh 1 : manusia sangat suka tembak harimau pakai senapang dan ambil kulit dia buat carpet . dengan kepala kepala dia sekali jadi hiasan dekat dinding , isn't that scared your child seeing wild animal head hanging on the wall with the mouth open showing his sharp canine ??

Contoh 2 : manusia wanita sangat gembira apabila ular dan buaya dibunuh dan kulitnya diambil untuk dijadikan tas tangan dan kasut mereka . aku faham kau boleh bergaya dan belagak dengan rakan rakan kau apabila memakai tas kulit , dan ya mereka quite expensive yet evil . tapi kenapa ? kau bunuh mereka hanya nk buat tas tangan ?? what tha...they deserve to live ! not die and end up to be a handbag...u can just use plastic bag or recycle bag for shopping . isn't that style ??? **^%$#@^%$#@ T__T

3) ada kulit buku .

Macam kulit buku Econs and Acc and Law and Bio yang kau orang rajin baca bila nak exam tu .
kulit buku pun ada macam macam kalau korang nak tau.

ada kulit buku yang nipis , sampai kau boleh teropong kawan di hadapan .
ada kulit buku yang tebal gila , tengok . kalau kulit buku pun dah tebal , apatah lagi isi kat dalamnya . ia macam kulit Report latihan industri anda . kalau hempuk kepala adik kau dia boleh koma 3 hari . try buat tengok . nanti adik kau koma jangan salahkan aku .
ada kulit buku yang berwarna cokelat dan berbau busuk sebab ia diperbuat dari kulit kayu . yang mana ni ? ala...buku tulis kau masa zaman sekolah tu...ala yang ada sifir 1 sampai 12 dibelakangnya , nanti kalau cikgu tanya sifir kau boleh curi curi tengok dan pasti kau dapat menjawab dan terlepas dari cubitan maut Cekgu math yang aww...sedap..

Apa lagi aku nak kelentong ni ?? ntah , otak jammed la ;p

4) ada kulit buah .

kalau aku cakap kulit buah yang licin mesti korang kata buah tomato kan ?
kalau aku cakap kulit buah yang bercorak mesti korang kata buah tembikai kan ?
kalau aku cakap kulit buah yang berbulu mesti korang kata buah rambutan kan ?
kalau aku cakap kulit buah yang tajam mesti korang kata buah durian kan ?
kalau aku cakap kulit buah yang boleh buat mata kau pedih kau nak kata buah apa ??

haa...buah ni paling aku suka ! sebab lepas makan kau boleh ambil kulit dia dan picit dekat mata kawan kau dan kawan kau mengelupur kepedihan dan kawan kau kejar dengan kapak pula lepas tu . mati kau . HAHA T_______T

namanya buah Oren / Limau / Lemon !

haa...lepas aku bagi tahu semua jenis kulit ni ( errr..sebenarnya ada lagi yg tak bagi tahu )
korang ada rasa sedikit berpengetahuan tinggi tak ? ada rasa dada penuh ilmu tak ? ada rasa macam pakar kulit tak ?
ada rasa lepas ni boleh bagi nasihat dekat orang yang sakit kulit tak ?

kalau tak , sila kau pergi further kat indon ambil medic sekarang . ROFL :DD

P/S: Dalam entry kali ni , berapa banyak perkataan 'kulit' telah digunakan ?

jawapan yang betul akan merima hadiah melancong ke rumah saya selama 3 hari 2 malam tajaan saya dan housemate ! cepat ! jangan lepaskan peluang keemasan ini ! hadiah terhad !
tarikh tutup penyertaan 10 January 2011 :D

Duit elaun memang untuk dihabiskan . *HOT TOPIC .

Duit elaun memang untuk dihabiskan .
siapa kata untuk disimpan ?
siapa ?
meh aku tengok account bank dia ,
banyak tak duit dia .
boleh aku pinjam ??
*saya bukan along . saya cuma mau tolong*
eh , tetiba sangat kau Nurul.
HAHA .

Siapa kata duit elaun sama dengan loan ??
Siapa ?

Meh sini aku terangkan kat kau .

Loan tu loan lah , macam ptptn , kptm atau sebagainya .
*pinjaman yang nanti kau kopak nak mambayarnya . muda muda umur baru 18 kau dah pinjam RM 15 , 000 . Eh bunyik nak gempak je . HAHA .

Elaun
tu macam wang yang kau perolehi dari bapa kau tiap tiap bulan
tanpa miss satu bulan pon . HAHA
kalau bapa kau takda bagi wang setiap bulan , maknanya kau takda lah elaun .

MELAINKAN ;;

kau ada bf kaya beraya , yang boleh salur kau duit setiap bulan . itu kau boleh panggil dia elaun .
Hep , aku tak macam tu okay . Mind you .

MELAINKAN ;;

kau ada scholarship , tiap tiap bulan masyukkk aje . yang ini pon kau boleh panggil dia elaun .
fuh . mesti kau ni budak pandai kan ?
takpa lah , aku tak berapa nak pandai sebab tu la dapat elaun dari bapa saja .

JADI ;;

Saya sudah bahagikan di mana , duit loan hanya akan saya gunakan untuk apa apa sahaja yang berkaitan dengan pelajaran dan tanggungan penginapan dan makanan sepanjang saya membuat Diploma di Penang ni .

MANAKALA ;;

Elaun yang saya perolehi dari bapa akan saya habiskan sebaiknya untuk *shipping , err maap typo . saya akan gunakan untuk shopping , untuk *muveeing, eh apa ni ? untuk tengok movie lah, untuk makan ice cream Hagen Dasz , untuk belanja kawan kawan yang dalam kesusahan , eh ada ke aku buat macam ni ?? dan sebagainya yang dapat difikirkan . HAHA :P

Jadi yer , saya telah merancang untuk berhabis duit elaun demi ;;

Baju baju baharu !
Kasut kasut baharu !
Handbag handbag baharu !
Jeans jeans baharu !
Shawl shawl baharu !
Accessories accessories baharu !

HAH ! inilah dia perempuan . keje shopping je . kau tak reti nak menyimpan ke ha ?
pemborosssss !!!! eeee , aku benci perempuan pemboros !

err..tengok...kan dah kena marah T___T

Baiklah . demi membuangkan title pemboros pada diri aku ni , aku sudah decide aku tak mahu menghabiskan duit elaun yang bapa masukkan ke dalam account Maybank aku setiap bulan ,
so aku boleh simpan dia.......

supaya.................................................

NANTI BILA AKU DAH GRAD AKU BOLEH HABISKAN DIA UNTUK SHOPPING BESAR BESARAN !!!!!!

WAKAKAKAKAKAKA !!!

*duh ! bila lah kau ni nak berubah Nurul ?????