hmm...
soalan yang berlegar - legar dalam kepala hotak .
sejak dari dulu lagi kot .
' M S P '
Majlis Sukan Politeknik .
sejak dari first aku masuk team softball aku teringin nak main dalam game MSP .
aku tahu aku tak hebat .
macam biasa , Average .
Average in everything .
tahun ni tahun akhir aku study kat politeknik .
dan peluang akhir aku untuk main dalam game MSP .
tapi persoalanye boleh ke ?
SECARA JUJURNYA ,
kalau tahun ni pun aku tak terpilih untuk first nine.....
aku ada sikit terkilan...
tapi tahap keterkilanan tu aku tak tahu lagi lah banyak mana kan .
sebab kalau aku tak dipilih sebab ada ramai player yang lebih hebat dan berbakat aku pasrah , tapi kalau sebaliknya....sudah tentu aku sedih .
TAPI ,
kalau tahun ni pun aku tak terpilih untuk first nine....
aku tak akan merajuk dengan coach coach aku ,
aku tak akan amik hati dengan rakan rakan dalam team aku ,
sebab aku tahu semangat kesukanan tu penting !
bukan setakat tahu nak menang ,
bukan setakat tahu nak main dalam tournament ,
bukan setakat tahu nak famous dalam arena softball ,
TAPI ,
semangat berpasukan dan saling menyokong antara satu sama lain tu yang paling penting !
SEBENARNYA ,
aku sudah cukup puas kalau dapat ikut dalam semua game yang team aku sertai .
aku sudah cukup puas kalau dapat jadi scorer untuk team masa game .
aku sudah cukup puas kalau dapat angkat bag bat team aku .
aku sudah cukup puas kalau dapat bersorak kuat kuat sampai takda suara masa team tengah fielding .
aku sudah cukup puas kalau dapat warm up sama sama dan jerit kiraan masa star jump .
banyak lagi kalau nak senarai . cukuplah .
TAPI ,
tak salah kan kalau aku mahukan yang lebih dari ini .
untuk berada dalam First Nine MSP 2011 .
Time will tell .
ok lah , aku nak siap siap pergi first training untuk sem ni ne .
Salam :)
This is the place that i can get mad all i want it to be .
Im Mad . close meaning , Crazy yet intelligent . HA-HA
Refer to the title ,
reader should know that the content are totally messed up with my philosophy .
u shouldn't adapt my MAD & BAD writing into your daily life i guess .
This is MY blog . and i assume that nobody will offense with any of my dear entry . If i did , im sorry in advance .
If you don't like it , please leave . tak-wajib-baca .
If you like it , i think you have been infected with mad-viruses that bring by me .
For those who was intend to visit my blog , please do that with no regret .
T Q V M :D
Tahun ni boleh ke ?
corat coret by nurul.wayer at 7:14 AM
Impian dan Harapan tercapai !
Alhamdulillah...
Merujuk kepada post yang sebelumnya,
aku pernah mention nak berada dalam,
First Nine MSP team kan ?
DAN,
Allah kabulkan permintaan aku !
Syukur sangat sangat...........
MOREOVER,
Coach and Majority telah meletak beban iaitu tanggungjawab sebagai,
Woman's Team Captain ! :D
Double Dream Achieved !
Aku sangat terharu......taktau nak kata apa lagi lah. Yang pasti akan aku lakukan yang terbaik buat team dan PSP tercinta, eceh !
oklah , i have tonnes of things to do , so cau cincau :)
corat coret by nurul.wayer at 7:14 AM
saya ada kz , kamu ?
HAHAHA :D :D :D
rasa nak gelak kuat kuat .
kadang kadang kalau aku takda idea aku suka post menda2 bongoks camni lah
korang baca jela yer ?
saya ada kz , kamu ?
kamu mungkin ada ms , as , mr , mm , ma dan macam macam lagi .
eh apa benda kau merapu ne ?kz ne singkatan nama bf saya which is saya tak perlu lah kot nk mention bukan ?
dan kamu juga boleh membuat acronym nama bf kamu kalau kamu mahu , ehe
kalau kamu mahu lah saya tak pernah paksa .
Sekarang saya dan kawan kawan memang panggil bf saya kz sahaja , kesian bf saya elok elok nama sedap tetiba jadi kz pulak :p
Tapi kan , nama abang kz saya pun kalau di acronym kan nama dia jadi kz jugak !
dan gf abang dia sudah warning saya supaya jangan tertukar bf ! ROFL funny ah you akak :)
lain gila kot muka dia dengan abang dia , acronym nama mungkin sama tapi perangai very tak serupa , LOL
Jadi untuk penyelesaian bagi acronym nama dia dan abangnya yang sama , saya dan gf abang dia sudah melabel abangnya sebagai kz 1 dan bf saya sebagai kz 2 . brilliant bukan ?
jadi takda lagi istillah tertukar bf atau what so ever . HAHA
conclusionnya : saya tetap sayang kz 2 saya ! :p
corat coret by nurul.wayer at 7:14 AM
Yeay ! aku sudah Super Senior !
heh . tak usah kau berlagak sangat .
besar mana sangat kau tu ?
HAHA
padan muka .
kan dah kena marah . HAHA
aku daftar semester baru di Poly *yg namanya dirahsiakan , ah poyo la kau . 6 Dec 2010 .
bersamaan Semester 6 iaitu semester akhir ! yahoo ! what tha......??
apesal lah nak hepi hepi sangat ne ha ?
aku saja nak mention yang aku sudah berada di semester akhir , dan bakal grad pada bulan April 2011 ini . whoa ! taksabarrr!!
eh eh , tapi graduation day yang kena pakai jubah labuh labuh dan topi berciri empat segi tu lambat lagi la.....setahun lepas tu kot .
sekarang aku rasa hati macam kembang kembang . jantung berdegup degup . bukan pasal kena puji , tapi sebab sekarang aku sudah jadi Super Senior tahu !! HAHAHAHAHA aku rasa cam bodoh gila cakap macam ni . mesti kau rasa nak tendang tendang aku sekarang ni kan ? HAHA !
aku rasa nak delete entry pon ada jugak . HAHA So lame ah you nurul !
aku ada lecturer sorang ne , dia cakap kalau super senior tu bukan yang semester 6 , tapi yang semester 7 , 8 dan sebagainya . HAHA
baru superrrrrb......! kau nak jadi ke ? nak ?
kalau setakat semester 6 ne , halah . orang mana heran ! piiraahhhhh !
sedih aku . baru nak belagak super senior . rupa rupanya senior aje . kalau nak jadi super senior kenalah extend !
mak aiiii....mintak simpang banyak simpang lah yer !
tak mahu lah aku aiiii....cukuplah setakat pangkat senior saja . aku redho . HAHA
jadi . Azam aku semester 6 ne , aku nak dapat 4 Flat ! Amin 25 kali !
fuhh...tingginya azam kau Nurul ?
nothing impossible right ??
my classmate dah prove it lah , kalau dia boleh dapat kenapa aku tak boleh ?
jangan pandang rendah walaupun aku tak sepandai macam kau semua .
usaha mesti lebih ! doa dan tawakal !
p/s : Harap harap dapat sarung Gold Medal masa Graduation Day ! Amin.....
corat coret by nurul.wayer at 7:14 AM
Lee Cooper bukan baju
bukan baju la !
abes kereta ? eh kereta tu mini cooper la sengal .
abes kasut ? tak lah .
abes boxer ? eeeeei bukan !
abes apa ?
Lee Cooper tu Cermin Mata.......baru saya ! hehe T__T
adakah kamu ingat entry yang lepas iaitu my cermin mata berumur empat tahun ? ini adalah entry rentetan berikutan cermin mata saya yang telah nazak hari tu. ya hari tu. mengapa? hari tu saja dia nazak, tetapi semasa saya ke Tournament Malacca Softball National Open 2010 june lepas, dia sudah tiada...innalillah...R.I.P.. T___________T
what do you mean ?
what i mean is,
my four years old glasses has already gone.
i left it.
at the Tesco Cheng, Malacca.
i mean in the restroom, toilet.
Pathetic, is it ?
why all my stuff should gone.
go away.
disappear from me ?
you are careless girl !
shit.damn it !
nvm.
berbalik kepada Lee Cooper bukan baju dan ya, ia adalah darling baru saya yang menggantikan kekasih saya selama 4 tahun itu. saya terpaksa membelinya kalau tidak, bukan setakat Adibah Noor, malah jika Gajah + Dinasour berada di depan saya pun saya tak akan nampak sehinggalah kamu yang memberitahunya.
kesian.
saya pergi kedai cermin mata di Jusco Bandar Perda. belakang poly saja takyah rasa gempak sangat, jalan kaki pun sudah boleh sampai. but i ride sha's car, with tira ;)
saya masuk kedai A-LOOk. which is kat kedai ni ada Leng Chai ooo..muka macam melayu, hitam manis tak putih like usual Leng Chai, tapi dia hemsem woooo...ohh Leng Chai what is your name...hahahaa first time aku buat ayat bodo macam ni dalam entry, sumpah menyesal. T______T
dia yang serve service kepada saya. dia paksa saya, eh macam kasar ayat ni. tukar ayat. dia meminta saya untuk buka contact lens dahulu, 20 minit bagi mata rest sebelum pemeriksaan mata secara manual.
dalam masa 20 minit itu lah dia suruh saya memilih bingkai baharu yang bakal jadi darling saya nanti. hey hey Leng Chai, wtf ?? i am blind okay !? i can't even count your teeth right now if im not wearing my contact lens !
ye itu memang benar, saya meraba bingkai spec di atas rak-rak dalam kedai exactly macam orang buta. saya tengok mereka dengan mata yang sangat sepet. hope boleh membantu,
ah useless . tak membantu, saya mencari bingkai spec yang agak old school, atas suggestion classmate, dan as far as i concern, saya memang belum pernah memiliki bingkai old school sepanjang memakai cermin mata, dan ini bakal menjadi koleksi cermin mata yang ke-12 saya !
kau tengok kau tengok, dah berapa banyak aku bazirkan duit bapak aku untuk beli cermin mata? agaknya kalau duit tu semua dikumpulkan, aku dah boleh beli suzuki swift sebijik ! haha! that's too ambitious. T____________T
hm, macam macam yang menjadi idaman, ada Ray Ban, ada Levis, ada Nikon, ada Marc Jacob, ada esprit, ada Lee Cooper, ada biawak erk ? tak tak, saya main main je.
dan seperti yang anda lihat, saya memilih Lee Cooper sebagai penghias mata baru saya !
bajet : 400
lari bajet : 150
total : 550
memang macam harem.
kenapa boleh jadi macam ni ? aku tengah pokai. dan aku pokai kan diri aku lagi ?
sebab power aku sudah naik okay.
previous power.
left : 300
right : 300
Silau : nil
Current Power.
left : 300
right : 325
Silau Left : 100
Silau Right : 50
yes yes i know the differences between current power and the previous one is not really obvious, but this is really affect my sight. yes it is. by using my previous power, i can't even read the last two alphabet line on the screen test. how pathetic me.
settle bab pemilihan bingkai dengan check power, saya pun membuat pembayaran deposit dengan berat hati kerana sudah lari bajet 2010. bagus. itu pun mula mula ada hati nak buat cermin Transition tu ! haha boleh bela !
apa itu Transition ?
secara simple, ia adalah sekeping cermin yang boleh mengubahkan dirinya kepada warna gelap seperti sunglasses jika terkena cahaya matahari. dan ia sekeping cermin yang MAHAL. menyampah aku.
kalau aku ikotkan nafsu hari tu, memang la parok, kopak wallet aku. eh silap, sekarang sudah pakai purse. ehem, kopak purse aku. haha T___________T
elok elok bajet 400, kalau amik transition jadi 675. sekian terima kasih.
corat coret by nurul.wayer at 7:13 AM
saya ada baju BEN 10, kamu ?
saya ada baju BEN 10, kamu?
ada tak?
mesti takda kan?
apa pasal mahu belagak pula?
bukan mahu belagak, saya nak buat blog aje . . .
btw, 2 hari lepas saya keluar pergi menemani fbb saya. maaf typing error. bff saya, Mun, Arni dan Liza pergi ke tesco riding kakak Arni......eh? bukan riding Kakak dia, kami riding kereta Myvi kawan Kakak dia. huh, sungguh complicated kan entry ni? rasa macam nak blah dari blog Nurul cepat-cepat. T____________T
jangan.jangan.stay.stay.
ok, kami jalan jalan cari kasut yang boleh dipakai untuk ke kelas nanti, al-maklumlah, sudah semester 5 ni taste makin tinggi, mane main dah kasut XES ni semua. hahahaha kawan kawan jangan marah ye..kidding , hihi
Arni dan Mun masing masing mendapat kasut idaman yang diimpikan, dua dua kaler putih, pattern hampir sama, ceh nyampah i ( jealous sebenarnya ) berciri wedges dan saiz yang sama juga. heh! habes aku punya kasut mane?
kasut kau takda.
takda saiz.
takda warna.
takda saiz.
takda pattern.
takda saiz.
takda corak.
aku paling benci time shopping kasut !
takpa, mari shopping baju BEN 10 !
hehe. saya jalan jalan selepas kecewa tak dapat kasut dan amat menyedihkan. asyik asyik takda. benci aku !
hm........apa baju kaler kelabu ni ? ade tulisan pulak ?
oh.
BEN 10 ben 10 ben 10 BEN 10BEN 10 ben 10 ben 10 BEN 10BEN 10 ben 10 ben 10 BEN 10 ben 10 ben 10 BEN 10
baju ni cantik la,
"kak! harga brapa ?"
"RM10 dik."
"okay, saya angkat la !"
hehe, saya ada baju BEN 10, kamu ?
takda kan?
mari saya bagi baju ni kat kamu, mahu ?
kenapa ?
sebab bila saya balik dan saya try BEN 10 saya, dan ia TAK MUAT ! ! !
macam harem.
sudahnya kasut aku tak dapat cari, baju aku tak muat.
yang dikejar tak dapat, yang di kendong berciciran. eh ?
sila call 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 untuk ambil baju ini dengan saya.
terima kasih.
corat coret by nurul.wayer at 7:13 AM
my cermin mata berumur empat tahun
dia berumur empat tahun sudah.
tapi dia sudah nazak tahu!
ceit, muda muda dah pandai nazak. gedik betul !
maksud saya, dia nazak kerana sudah patah . huh ~
sudah patah bukan bermakna sudah mati, dia nazak saja kerana saya masih memakainya sekarang. i've no choice men. cermin mata saya patah tangan kiri. T_________T
ada yang tertanya-tanya,
"eh kau pakai spec?"
yer. aku pakai sebab aku rabun jauh power 300 left and right.
"tapi takda pernah nampak pun?"
yer la. sebab haku pakai contact lens pada siang hari. power -2.75 left and right.
"eh, yeke. asal takdak kaler-kaler pun aku tengok kat mata kau?"
sebab aku pakai yang takda kaler punya la ngeng. yang ada kaler tu mahal, buat membazir duit jer. hm. banyak tanya betul kau yer?
"okay okay takmau tanya dah."
"eh kejap kejap, kau pakai spec since bila eh?"
eh tadi cakap takmau tanya ! hmm. aku pakai since darjah 4 la, ni spec yang ke-11 punya.
"whoa! banyak gileeeeer ! kau makan spec ke ape ?"
huh, diamla kau . annoying sungguh ;p
saya memang rabun, saya memang memakai spec pada waktu malam sahaja, saya memang cute . hehehe T________________T
corat coret by nurul.wayer at 7:13 AM
Hari Baru. Musim Baru. Semester Baru.
ya!
semuanya kelihatan begitu baru dalam pandangan mata saya.
ehem, tapi handfone tak baru hoccay.
mind you.
saya masih berkabung diatas pemergian handfone kesayangan saya (ceh baru nak mengaku sayang) itulah orang selalu kata, bila depan mata kita tak hargai, bila sudah pergi baru tercari-cari. ceh pandai pula aku.
semester baru, semester 5.
status: not single, baru pulang dari Practical, gemuk, muka banyak jerawat dan sudah semakin matang. erk?
saya pergi kelas. saya tengok banyak benda baru ! mata saya ada sikit tercuci tapi hidung saya ada sedikit sakit sebab bau kedai kuat sangat . baru macam ubat lipas pun ada.
lelaki
rambut baru. backpack baru. kemeja baru. kasut baru. jam baru. spec baru. handfone baru
( heh, kau sengaja buat aku jeles kan ) boxer baru. slack baru. rokok baru (tukar brand tak pakai gudang garam dah, sekarang main dunhill saja) awek/marka baru. eh?
perempuan
make-up baru (dulu pakai make-up SILKYGIRL saja, sekarang dah pandai pakai M.A.C ok) shawl baru yang ada warna warni siap ada polkadot semua. baju kurung/kebaya baru. high heels baru (dulu pakai yang flat shoe saja, sekarang hamik kau, 4 inch terus !) bangle baru. brooch baru. handfone juga baru and status baru. (single/taken?) HAHA
sebenarnya banyak yang boleh disenaraikan, tapi saya rasa anda boleh nampak sendiri bukan? barang-barang yang baru ini macam mana mereka dapat?
conclusion nya; Beli pakai elaun masa practical la. sebab tu senior-senior yang balik dari practical nampak lebih gorgeous dari semester sebelumnya. heh? jadi adik manis sekalian , silalah anda pergi practical sekarang yer. T__________T
corat coret by nurul.wayer at 7:13 AM
Nokia 5610 Express Music, saya.
yer. yer.
itu handfone saya yang tidak seberapa canggih seperti kamu.
ada yang pakai BB, ada yang pakai i-phone, ada yang pakai 3310, heh kau jangan hina fone ni, dulu pun kau pernah pakai kan?
hm..itulah...Nokia 5610 Express Music saya...
tapi.....tapi...
tapi dia sudah hilang.....
gone!
missing in action!
run away! sulking ! maybe....
OMGucci!
really can't believe it ! saya masih tak percaya!- baru malam tadi saya main campak-campak fone saya kepada kawan, dan kawan kepada saya, dan seterusnya sampai haku bosan.
- baru petang semalam saya tangkap gambar sendiri dalam toilet depan cermin perasan diri cantik.
- baru tengahari semalam saya record video kawan saya membebel macam orang gilaa.
- baru semalam sehari suntuk saya bermesej dengan yang tersayang, ehem.
- baru semalam saya cakap saya sudah bosan dengan fone saya, mahu beli baru boleh?
kenapa kau cakap macam tu? kan fone kau sudah merajuk, kau tengok kau tengok sekarang, fone kau sendiri pergi serah diri kepada pencuri, hahahaha mengong .sedihnyaaaa.....T____________T
sumpah sedih...saya menangis kot. saya telefon emak dan terus menangis. gila ka ? HAHA macam buduh je.
pada hari kejadian; 21 june 2010 , monday.
saya dikehendaki melapor diri untuk pelajar yang balik dari latihan industri. saya berjalan ke BKP 1, dengan macam ayunya dengan memakai crocs orange saya dan saya takda membawa handbag ke, pouch ke such things apa semua. only the envelope, containing report and my darling handfone which is saya hold dia di dalam genggaman saya.
for your info, saya juga takda pocket di baju kurung seperti mana anda ada masa darjah satu sekolah kebangsaan.
sejurus kemudian, saya menyerahkan diri, ehhh tak tak, saya menyerahkan laporan saya kepada pensyarah yang bertugas. En.Najib yer. sapa tak kenal meh sini kau haku kenalkan !
i am damn excited men ! bukan pasal haku excited jumpa En.Najib, oh tidak. saya excited pasal saya meet teman sekelas saya kembali selepas satu semester takda nampak muka mereka semua...hmm..tula nenek cakap jangan galok sangat nanti menangis, kan? kan? orang tua cakap tu cuba dengar Nurul.
masa saya pergi kelas tu saya ada bawa RM50 bersama, which is (again) saya pegang dalam tangan juga. tujuan; kalau ada kawan-kawan mintak belanja roti canai Dinas saya boleh tolong bayarkan dan nanti engkau sila bayar balik. T_____T
nak dijadikan entry, ada ke saya pergi masukkan RM50 tu sekali dengan report saya dalam envelope dan stepler dan kumpul atas meja sebelah En.Najib sekali dengan report kawan-kawan saya yang lain? pandai. dan saya tak jadilah mahu bayarkan roti canai Dinas tadi.
selepas tu, saya berjalan pulang ke kamsis. masih dengan handfone saya di tangan. kebetulan pada hari kami melapor diri, ialah hari pendaftaran pelajar junior semester satu sesi Jun 2010 juga, jadi keadaan ketika itu agak kelam-kelibut. sesampainya saya di kamsis, saya baharulah perasan bahawa RM50 saya tiada! oh, haku kena jalan balik pergi BKP 1 la ni?? T_________T
okay fine fine aku jalan. dengan menggunakan handfone saya yang masih belum hilang, saya menalifon Syafiqah ( classmate saya ) yang masih di BKP 1, suruh dia tolong bawa keluar dulu RM50 itu, terima kasih nanti saya ambil dari kamu.
sesampainya saya di BKP1, saya berjumpa dengan classmate saya yang lain which is masa saya hantar report tadi mereka belum muncul dan ini amat mengujakan ! saya galok-galok lagi, gelak-gelak sembang-sembang dan saya pun pulang ke kamsis. saya pergi lepak dekat gazebo yang ada jual burger sana, bersama RM50 saya tadi. tapi saya takda beli pun, takda nafsu pula. ambil bau pun sudah rasa kenyang cukup untuk satu minggu takyah makan. tipu ni.
selepas tu, saya mengorak langkah menuju gerai yang menjual pelbagai air-airan pula. saya gelak-gelak kat sana sikit dan saya terkejut lantas terdiam. perkataan yang keluar dari mulut saya sejurus itu:
" mana handfone aku?????? "saya cuak. saya lihat tangan. oh sangat mengecewakan. im not holding anything anymore except my dearest RM50 only. mana dia? mana handfone saya?? saya terus menuju ke gazebo burger tadi, dengan jantung yang berdebar-debar dan rasa macam mahu meletup saya tanya semua orang disitu " eh, kauorang nampak tak fone aku? fone aku hilang ouh ! weh, weh try miscall jap "
damn it ! i've lost it forever. haha ayat haku. kawan-kawan kata pergi la try cari dekat BKP1 tadi mana tahu kot tertinggal disana...ya, saya dengan muka kecewa macam termakan wasabi banyak, terus menapak kesana. the result: negative. frustrated. ;(
sepanjang hari itu saya tiada boleh buat muka gembira although i am a happy girl actually. but im so sad men ! saya takda boleh sorok muka, takda boleh buat-buat muka gembira macam everyting is fine, semua orang pelik muka saya jadi ketat begini. banyak soalan yang dilontarkan. suatu jawapan yang berat terpaksa saya kembalikan. " handfone aku hilang, tadi. " ada yang muka biasa saja, ada yang simpati, ada yang gembira (siot kau), ada yang kata mahu belikan fone baru, erk?
saya terkilan bukan kerana handfone itu sebenarnya. bukan. but all the 'things' inside the fone. huh sedihlah ;((
the 'things' ,
1. all the saved messages.
2. all the recording.
3. all the video.
4. all the pictute.
semua ini precious 'things' saya takda back-up, saya tak sempat transfer laptop, saya rasa sangat ralat ! oh sedih lagi T_________________T
kamu tahu? selain menangis semasa call emak bagi tahu fone saya sudah gone, saya juga menangis di dalam PI (pusat islam) bukan masa baca doa tu, tapi masa ada taklimat pelajar baru. saya terlihat ada seorang budak pakai fone exactly like mine. dan tiba-tiba saya mengalir air mata. saya tutup muka. my tears drop quite a lot. takda boleh tahan lagi. semua rakan-rakan pujuk saya. junior disekeliling muka innocent saja tengok saya. dan tiba-tiba lagi saya tergelak-gelak dan saya cakap macam ni "im fine, kebahagiaan dalam perpisahan" dan semua gelak-gelakkan saya.
saya pun kembali okay dan normal dan sudah dapat terima kenyataan bahawa my Nokia 5610 Express Music are no longer with me. jodoh kami tak panjang, hanya 2 tahun.
penghargaan;
hazwani dan munirah kerana sudi pinjamkan handfone mereka, hamik kau sampai 2 fon haku dapat. rezeki...rezeki...selagi saya takda beli fone baru, selagi itu akan ku lanyakkan fone kauorang..hahahahakugelakjahat ;)
pengumuman;
kawan-kawan, kamu masih boleh get reach dengan saya melalui number lama okay. takda masalah, saya sudah buat sim card lain. tapi kalau message2 tu silalah perkenalkan diri, nanti kalau takmau bagi tahu sapa kamu, hah free-free saja kena maki dengan aku ;p
Makcik kolam yang garang
iya. anda tidak salah baca.
makcik kolam yang garang sudah buat saya annoying sehingga saya mahu tulis entry khas buatnya. terima kasih makcik.
semalam.
sabtu, saya ambil cuti kerana saya pergi kerumah Mak Teh di gombak. saya pergi tidur sana.
saya bersama kak dibah, (dia sebaya tapi panggil kakak, why? i'll tell you later)
kami berpakat mahu pergi tidur dirumah cousin, kak kinah (dia sebaya tapi panggil kakak, why? i'll tell you later) kerana kami sudah lama tak ketemu and we're having some kenduri sate kajang HAHA aku tipu kau.
saya dan kak dibah naik train dari Shah Alam pergi Kl sentral dan naik putra untuk ke KLCC.
saya dan kak dibah sudah round satu KLCC sana dan kami berasa penat.
jalan punya jalan tetiba,
"pika pika jom pegi kat tempat kolam yang boleh mandi manda tu!"
eh? kak dibah ny......oke.oke jum lah pika bawak.
jalan punya jalan tetiba kami pun sampai lah dekat kolam tu, suma kanak-kanak mandi dengan begitu riang dan saya pun syok saja tengok mereka sexyy..pakai underwear and two piece ohh sungguh sexyy. HAHAHakugatal ;p
kitorang pun cari port baekk punya, duduk dekat kerusi bawah pokok dengan angin sepoi-sepoi bahasa . Dan, saya telah menanggalkan kasut converse saya kerana rasa kebas macam rasa nak potong kaki. Heh engkau tolong potong kan kaki aku kejap bolehh takk? rasa irritate gilaaa nih! merah merah ni T______T
saya dan kak dibah ternampak ada satu makcik kolam yang garang* (aku tulis dia kecil sahaja sebab masa ni makcik tu belum garang lagi depan mata aku) dia pakai segak ! dia pakai kasut kilat ! dia pakai topi @ berey ! apatah engkau panggil menda alah ni? dia pakai seluar slack hitam tuck-in ! dan terdetik hati kecik saya. "hensome pulak makcik kolam ni haku tengok dia" hah.kawan-kawan. ini ayat nak mampos.engkau jangan tiru cakap macam ni.
tetiba pedulikan pasal makcik kolam aku malas cerita engkau punya dressing hari ini blog aku bukan blog fashion. ehem, teruskan//
saya dan kak dibah tetiba rasa mahu celup kaki dalam kolam tu seperti "Nini Cokelat Celup" celup-celup! ohh aku dah start rasa menyampah pulak dengan entry ni.
saya dan kak dibah pun berjalan menuju ke kolam "Nini Cokelat Celup" itu dan kami celup kaki kami tak sampai 4 detik hah engkauu makcik kolam yang garang tapi hensome* telah mengkeluarkan wiselnya berwarna chrome lalu meniup seannyoingg yang bolehhhhhh ! ! !
bunyinya seperti ini;PpprrrriiittttttttttttttttttttTTTTT!!!!!!!!!!!!!!!!! get out both of you from the kolam! the kolam "Nini Cokelat Celup" is just for 12 years and below okekkkk !!!
HAH? ada ke makcik kolam yang garang tu cakap macam ni? hm. ada la sikit, tapi aku tambah ayat bagi ada drama supaya engkau tak rasa menyampah. tapi lagi menyampah bukan?
saya dan kak dibah pun berlalu pergi dari kolam tersebut aku malas nak sebut kolam apa tu dan kami pergi merempat semula di kerusi bawah pokok berserta angin sepoi-sepoi bahasa english.AKU ANNOYING DENGAN MAKCIK KOLAM YANG GARANG. ini statement harem.
sepanjang saya dan kak dibah duduk di pinggiran kolam, ada haku rasa dalam 87 ribu kali jugak makcik kolam tu tiup wisel dia tu ! apa engkau ingat engkau hebat? tapi dia rasa dia hebat sebab tu dia suka buat statement begini;
"prittt!! heh, tak boleh. tak boleh celup kaki kau busuk"
"prittt!! heh, engkau dah dewasa, ini kolam untuk anak-anak saja "
"prittt!! heh, kalau engkau tak malu engkau terjun la kolam ni sekarang lepas tu aku kaut kau keluar dari kolam pakai jentolak , amacam? mahu? "
"prittt!! ehem..cik abang hidung mancung..silalah rendam kaki awak..untuk awak tak mengapa..awak kan comell..hekhekhek " euwwwwwww..gelinya aku dengan ayat sampah macam ni !
dia dok prrittt sana, prrittt sini, prrittt depan, prrittt belakang. heh, engkau berhrnti sekarang engkau berhenti tiup wisel tu sebelum haku ikat muncung kau pakai getah posmen dok ikat surat tu karang.
dalam hati saya terdetik begini; fuh. GARANGNYA MAKCIK KOLAM Ni ! habes semua orang dewasa kena sound dengan dia pakai wiesel chrome dia tu dan termasuk saya pun kena juga sebab saya orang dewasa. heheh ;'p
saya pun terus ajak kak dibah gone dari tempat makcik kolam yang garang tersebut.
Motif: Makcik kolam yang garang tak salah sebab itu tugas dia untuk jaga kolam "Nini Cokelat Celup" itu, dan makcik dapat gaji dari pekerjaanya itu, lagi banyak makcik tiup lagi banyak elaun makcik masuk tak payah buat business MLM ke Direct Selling ke. blablergh !
yang "i'll tell you later" tu engkau still tunggu ke aku nak tulis apa?
tak payah boleh tak, haku malas nak taip sudah pukul 4.30 pagi.
kepala berat. kbai.
corat coret by nurul.wayer at 7:12 AM
