CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

This is the place that i can get mad all i want it to be .

Dear Pretty pretty wow and Machos ,

Im Mad . close meaning , Crazy yet intelligent . HA-HA
Refer to the title ,
reader should know that the content are totally messed up with my philosophy .
u shouldn't adapt my MAD & BAD writing into your daily life i guess .
This is MY blog . and i assume that nobody will offense with any of my dear entry . If i did , im sorry in advance .

If you don't like it , please leave . tak-wajib-baca .
If you like it , i think you have been infected with mad-viruses that bring by me .

For those who was intend to visit my blog , please do that with no regret .

T Q V M :D

masalah dunia..pening.pening


satu masalah dunia...
meaning; masalah yg semua org di dunia ni hadapi.


masalah hubungan rumah tangga.
- bg org yg dah berkahwin,
- org yg bertunang,
- org yg ber'couple'
- org yg mempunyai perasaan antara satu sama lain.


pd suatu ari si A mengadu masalah kpd aku,
masalah umah tangge kate nye,
;tgh tunang sbnanye..
kesian sgt ak kat si A tuh.


setelah kami ber'deeper conversation'
[berbincangan harus di rahsiakan demi keselamatan dan privacy]
ak berpendapat yang mereka harus berpisah..
wuwuwuwuu..
mmg sedih,
tapi itu yg terbaik!


si A masih muda dan cantek,
pasti ramai cowok2 ganteng yg menunggu diluar sane,
so,
lupa kan si dia.
dan mulakan idup baru!
;)


sabar ye si A!
tuhan xkan beri dugaan yang melebihi kemampuan kite..
all the best!

7 bersamaan 1 minggu.

ini bermakne tinggal 7 ari jela aku nak bertempek kat umah ni,
adoi....kalo la korang tau betape bosannye aku kat umah nih,
xde keje lain,
online online online.
makan,
tido.
tu jelah..
bapak ah! ak gerenti bile korang jumpe aku bukak sem nnti,
sumpah tekejot! gemok gile aku wey skang..hahaha
tak nak kalah nan adibah noor tuh!
xde la gitu skali ye,gurau2..hehe
kuar umah pon aku tak buat,
korang caye tak, kadang2 tu kan, aku sampai
6 hari tak keluar umah langsong, keluar dari pagar pon tak!
btol, tak tipu..


lagi satu kan,
aku sbenanye, x sabar2 nak masok umah sewa,
hehe,bukannye ape, xsabar na tengok umah tuh kemas dan cantek...
ari tu kan aku balik kejap umah tuh,
saje la tengok2, ya ampun! macam tongkang pecah!
pecah pon tak macam tongkang, kau!
sampah punye la banyak,
akak2 tu ingat umah ni tmpat pelupusan sampah ke?
ngokngek btoi!
adeke patot barang2 yg dorang tanak dorang maen longgok je
kat ruang dapur?? 2 limeposen kan?
pastu nak suh kitorang hangkut aa sampah2 dorang tu?
ntah la wei, camane la nnti kan??
dala umah tu tinggkat 4! yang atas skali pulak tuh,
haha,takpe stamina aku kan kuat..haha tak bleh blah punye ayat!
kadang2 berangan sndri pon best gak..
bkn ade org tau ponn..hehe

Training Softball Bermula !

"Softball tu natam apa?"
haip! sapa berani tanya macam ni mari haku sumbat bola lisut ke mulut kau.

heh, kata diri sendiri nampak?
kau tak ingat ke kau pernah tanya En.Aziz soalan sampah macam ni masa Sem 1 dulu ?

errrrrrr....oh eh....ade eh aku tanya macam ni? he-he sorry, haku tarik balik statement atas sana.
berani sungguh kau yer, mengata orang.


yer baik baik, sapa2 mau tanya softball itu apa, silakan ;)

kalau engkau orang tanya aku softball tu apa, my answer could be like this;
hah, sopbol tu main dio samo jo mcm roundes tu hah, cumo dio ada la sikit rules yang ekau sumo kono ikut...hehe

ok sudah faham . mari kita merujuk kepada tajuk entry hari ni !

masuk saja semester baru , training softball pun bermula...

tamat,,,
eh ini aje ?
biasanya panjang entry kau sampai mengarut ngarut ?

p/s : Maaf lah . aku tetiba macam malas la pulak nak taip . ;D

Melaka - Pulau Langkawi - Pulau Aman - Shah Alam

saya sibuk. terlalu sibuk. harap maklum.

Pergi Taiping , rumah siapa ?

weh kau pergi mana weekend nie ?
ntah taktau lagi , tak pegi mana-mana kot . huh bapak bosan kot .

yela cuti 5 hari kan , aku balik rumah la , kau jangan jelesss hahaha .
huh , macam haram je perangai ;p

aduhh , nak pegi mana ni......

kring kring .
yup ?
u free tak ?
kenapa ?
besok jum pi umah i , mak nan adik i suh datang .
erk ?!
kenapa ? jum la tidur sana weekend .
takpe ke ?
ala family i ok la ..
i takut la ..
ala rilex la , dorang okay u don't worry :)
okay la , i nak kemas2 barang dulu .
see ya ! ;)

saya pun pergi lah ke rumah Mak Cik Norizah ,
anak dia kz ,

HEHE :P

jantung macam berhenti bergedup . takut gila oh !
bila dah sampai rumah Mak Cik Norizah.........

i feel like _____________ .
sila isi tempat kosong . HAHA .

famliy kz sangat warm dan baik sekali .
terutama Mak Cik Norizah , Cein , dan kakak .
kalau taknak makan nanti kau kena . HAHA .
mesti makan ok , kalau kau makan sikit pun nanti kau kena . HOHO .
saya sangat bahagia macam ni .
semua layan saya macam princess !
i feel welcomed :)
mak kz suka saya . kot . HAHA !
i hope so ,


Cein which is adik kz dan kak yana which is kakak kz ,
sangat banyak cakap .
seronok tahu menyembang dengan dorang .
adaaaa saja topik hangat nak diceritakan .
saya pun kalau dah orang banyak cakap ni saya pun keluar la tanduknya . HAHA !

Pak Cik Rashid dan Abang kz tak banyak cakap , tapi dia orang pun okay :)
saya malu lah nak bertegur sapa dengan mereka . HEHE .
sikit sikit cakap boleh la ;P

apa apa pun saya rasa gembira dapat berkenalan dengan family kz ,
atleast mak kz tahu dengan siapa anaknya berkawan .
dan saya rasa sangat bahagia kerana kz sudi bawa saya bertemu parents dia .
and i think he's serious with me :)



syg , i suka lah family u .
kan i dah cakap dorang okay..
hehe , nanti kalau i nak datang lagi boleh ke ?
boleh aje , mak i pun suka :)

:ppppp

saya cinta dia *jiwang suda

when i see you , i see love .
when you touch me , i feel love .
and after all we've been through , you're still the one that i love .

im touched when you say that you really love me too sayang .

i love you kz , ALWAYS .

Hari yang paling menyedihkan

hari yang paling menyedihkan.

patah hati.
kecewa.
sengsara.
merana.

hati sesak.
hati hiba.
hati terluka.

saat saat yang membengkakkan mata.
membasahkan bumi.
menyakitkan kepala.

memerlukan seseorang untuk meluahkan.
aku luahkan kepada blog ini.

bukan mahu berkias.
tapi hanya tempias yang tidak perlu dihuraikan.

Nurul , sabarlah menghadapi dugaan . Tuhan maha adil dan tidak akan memberi dugaan lebih dari kemampuan.

Jika kau ingin kekal . maka bertahanlah !
Bahagia menanti di hujung jalan.

eeeeeeeeeeeeee !

eeeeeeeeeeee !
rindunya nak update blogggg !
hari hari baca blog orang , yang blog sendiri ni tak geti nak update kan Nurul kan ??

pemaleh ! kamu adelah pemaleh !

haa sedar ponn :|

nak tau tak saya tengah kat mane ni ?
kat office okayyy , update blog kat office okayyy . HAHA
kalau bos nampak , piiiiiiiiiii !

you fired !
kuang kuang kuanggggg

kalau korang perasan lah kan ,
saya punya enrty biasanya takda gambar kan ?
apatah lagi nak buat entry entry berciri wordless ____day ne :P
biasalah , saya kan pemaleh T_____T

dan kalau korang perasan jugak saya punya previous entry dah hilang, kan ? kan ?
haha padamuke takleh bace dah. saya hide dia lah, sebab maluuuu hehe

kbai :PP

kulit ; mari aku ceritakan .

Apa yang korang bayangkan bila aku cakap 'kulit' ??

kulit ular ?
kulit buaya ?
kulit kulat ?

heh . diam kau kulit . HAHA .

Hari ni aku terasa nak gebang pasal kulit .
Entah dapat idea sengal dari mana tah nak cakap pasal kulit ni .

Cuba kau kira , baru mukadimah saja aku dah sebut berapa banyak kali kulit ??
sampai aku terasa janggal pulak dengan perkataan 'kulit' ni . can you just shut up nurul ?

Kulit ada macam macam jenis ye kawan kawan . Mari sini aku gebang kau .

1 ) Ada kulit manusia , macam aku dan kau semua ada .

kulit manusia ni ada macam macam pesen ( fashion ) HAHA .
Ada yang gelap macam Negro ,
ada yang putih gebu macam Taylor Swift ,
ada yang pucat macam orang sakit Albino ,
ada yang kuning langsat macam Fahrin Ahmad ,
ada yang burn macam aku , HAHA
ada yang sawo matang macam Shaharuddin Thamby ,

AND ada yang kulit putih tapi gatal nak kulit sawo matang .
Ini boleh dilakukan dengan menjalani process Tanned dengan menjemur badan secara sexy
( wearing 2-piece or underwear ) dibawah sinaran matahari di tepi pantai .

Caution : the part that covered with 2-piece or underwear will not being tanned and will cause uneven skin tone and probably we can see the effects of such a GOOGLE in your chest and the TRIANGULAR shape at your waist , im sorry . This is so not good . u have to tanned your self NAKED unless u like it that way heh ?? LOL .

Biasanya Mat salleh and Minah salleh yang suka buat macam ni , kalau orang malaysia nak kulit tanned jugak aku tak tau la nak kata apa . bukan dah memang tanned ke ???

Belum masuk lagi part kulit yang berbulu . hah . kau orang mesti sudah fikir macam2 bukan ?
macam yang kau orang tahu , bulu pada kulit pun ada macam macam jenis .

ada yang lurus , halus , kasar kerinting , jarang jarang , bertompok tompok , lentik dan ada yang almost tak nampak , macam takda bulu saja .

tempat yang ditumbuhi bulu secara obvious ialah di atas mulut ( misai ) , dagu ( janggut ) , kening , bulu mata , ketiak , bulu ari ari (di @$#*^%$% ) , lengan dan betis .

2) ada kulit binatang , macam yang aku mention kat atas mula mula tadi .

kulit binatang juga ada pelbagai .
ada yang berbulu bulu macam kucing , sugar glider , tikus , panda , monyet , harimau dan sebagainya .
ada yang bersisik macam ikan , tenggiling dan ular .
ada yang licin macam belut , euwwww i don't eat belut :|
ada yang bergerutu macam biawak , katak dan buaya

kulit binatang ni ada banyak kegunaanya .

Contoh 1 : manusia sangat suka tembak harimau pakai senapang dan ambil kulit dia buat carpet . dengan kepala kepala dia sekali jadi hiasan dekat dinding , isn't that scared your child seeing wild animal head hanging on the wall with the mouth open showing his sharp canine ??

Contoh 2 : manusia wanita sangat gembira apabila ular dan buaya dibunuh dan kulitnya diambil untuk dijadikan tas tangan dan kasut mereka . aku faham kau boleh bergaya dan belagak dengan rakan rakan kau apabila memakai tas kulit , dan ya mereka quite expensive yet evil . tapi kenapa ? kau bunuh mereka hanya nk buat tas tangan ?? what tha...they deserve to live ! not die and end up to be a handbag...u can just use plastic bag or recycle bag for shopping . isn't that style ??? **^%$#@^%$#@ T__T

3) ada kulit buku .

Macam kulit buku Econs and Acc and Law and Bio yang kau orang rajin baca bila nak exam tu .
kulit buku pun ada macam macam kalau korang nak tau.

ada kulit buku yang nipis , sampai kau boleh teropong kawan di hadapan .
ada kulit buku yang tebal gila , tengok . kalau kulit buku pun dah tebal , apatah lagi isi kat dalamnya . ia macam kulit Report latihan industri anda . kalau hempuk kepala adik kau dia boleh koma 3 hari . try buat tengok . nanti adik kau koma jangan salahkan aku .
ada kulit buku yang berwarna cokelat dan berbau busuk sebab ia diperbuat dari kulit kayu . yang mana ni ? ala...buku tulis kau masa zaman sekolah tu...ala yang ada sifir 1 sampai 12 dibelakangnya , nanti kalau cikgu tanya sifir kau boleh curi curi tengok dan pasti kau dapat menjawab dan terlepas dari cubitan maut Cekgu math yang aww...sedap..

Apa lagi aku nak kelentong ni ?? ntah , otak jammed la ;p

4) ada kulit buah .

kalau aku cakap kulit buah yang licin mesti korang kata buah tomato kan ?
kalau aku cakap kulit buah yang bercorak mesti korang kata buah tembikai kan ?
kalau aku cakap kulit buah yang berbulu mesti korang kata buah rambutan kan ?
kalau aku cakap kulit buah yang tajam mesti korang kata buah durian kan ?
kalau aku cakap kulit buah yang boleh buat mata kau pedih kau nak kata buah apa ??

haa...buah ni paling aku suka ! sebab lepas makan kau boleh ambil kulit dia dan picit dekat mata kawan kau dan kawan kau mengelupur kepedihan dan kawan kau kejar dengan kapak pula lepas tu . mati kau . HAHA T_______T

namanya buah Oren / Limau / Lemon !

haa...lepas aku bagi tahu semua jenis kulit ni ( errr..sebenarnya ada lagi yg tak bagi tahu )
korang ada rasa sedikit berpengetahuan tinggi tak ? ada rasa dada penuh ilmu tak ? ada rasa macam pakar kulit tak ?
ada rasa lepas ni boleh bagi nasihat dekat orang yang sakit kulit tak ?

kalau tak , sila kau pergi further kat indon ambil medic sekarang . ROFL :DD

P/S: Dalam entry kali ni , berapa banyak perkataan 'kulit' telah digunakan ?

jawapan yang betul akan merima hadiah melancong ke rumah saya selama 3 hari 2 malam tajaan saya dan housemate ! cepat ! jangan lepaskan peluang keemasan ini ! hadiah terhad !
tarikh tutup penyertaan 10 January 2011 :D

Duit elaun memang untuk dihabiskan . *HOT TOPIC .

Duit elaun memang untuk dihabiskan .
siapa kata untuk disimpan ?
siapa ?
meh aku tengok account bank dia ,
banyak tak duit dia .
boleh aku pinjam ??
*saya bukan along . saya cuma mau tolong*
eh , tetiba sangat kau Nurul.
HAHA .

Siapa kata duit elaun sama dengan loan ??
Siapa ?

Meh sini aku terangkan kat kau .

Loan tu loan lah , macam ptptn , kptm atau sebagainya .
*pinjaman yang nanti kau kopak nak mambayarnya . muda muda umur baru 18 kau dah pinjam RM 15 , 000 . Eh bunyik nak gempak je . HAHA .

Elaun
tu macam wang yang kau perolehi dari bapa kau tiap tiap bulan
tanpa miss satu bulan pon . HAHA
kalau bapa kau takda bagi wang setiap bulan , maknanya kau takda lah elaun .

MELAINKAN ;;

kau ada bf kaya beraya , yang boleh salur kau duit setiap bulan . itu kau boleh panggil dia elaun .
Hep , aku tak macam tu okay . Mind you .

MELAINKAN ;;

kau ada scholarship , tiap tiap bulan masyukkk aje . yang ini pon kau boleh panggil dia elaun .
fuh . mesti kau ni budak pandai kan ?
takpa lah , aku tak berapa nak pandai sebab tu la dapat elaun dari bapa saja .

JADI ;;

Saya sudah bahagikan di mana , duit loan hanya akan saya gunakan untuk apa apa sahaja yang berkaitan dengan pelajaran dan tanggungan penginapan dan makanan sepanjang saya membuat Diploma di Penang ni .

MANAKALA ;;

Elaun yang saya perolehi dari bapa akan saya habiskan sebaiknya untuk *shipping , err maap typo . saya akan gunakan untuk shopping , untuk *muveeing, eh apa ni ? untuk tengok movie lah, untuk makan ice cream Hagen Dasz , untuk belanja kawan kawan yang dalam kesusahan , eh ada ke aku buat macam ni ?? dan sebagainya yang dapat difikirkan . HAHA :P

Jadi yer , saya telah merancang untuk berhabis duit elaun demi ;;

Baju baju baharu !
Kasut kasut baharu !
Handbag handbag baharu !
Jeans jeans baharu !
Shawl shawl baharu !
Accessories accessories baharu !

HAH ! inilah dia perempuan . keje shopping je . kau tak reti nak menyimpan ke ha ?
pemborosssss !!!! eeee , aku benci perempuan pemboros !

err..tengok...kan dah kena marah T___T

Baiklah . demi membuangkan title pemboros pada diri aku ni , aku sudah decide aku tak mahu menghabiskan duit elaun yang bapa masukkan ke dalam account Maybank aku setiap bulan ,
so aku boleh simpan dia.......

supaya.................................................

NANTI BILA AKU DAH GRAD AKU BOLEH HABISKAN DIA UNTUK SHOPPING BESAR BESARAN !!!!!!

WAKAKAKAKAKAKA !!!

*duh ! bila lah kau ni nak berubah Nurul ?????

broken heart*

broken heart.
everybody must have been through it. i guess.

dear friend , be strong !

forget her
find a new one
im sure there is a lot guys/gurls waiting for you out there
which is much much more better than before
don't cry,
wipe your tears darling
no worth crying for somebody like that
you have a lot of friends that can cheer you up
that can bring you happiness
than can stay with you day and night
that can give you sweet memory

dear friend,
love is a play
very dangerous play
once you're into it
you will end up with only two choice ;

HAPPY;
or
SUFFER.

go for it if you HAPPY .
leave it if you SUFFER .

" Lover that you can stay with is the one that understand your past, believe in your future and love you just the way you are "

this is not a poem, this is not a copied text from internet site or whatever . this is my genuine words dedicated to my friends that having broken heart right now . 

Tahun ni boleh ke ?

hmm...
soalan yang berlegar - legar dalam kepala hotak .
sejak dari dulu lagi kot .

' M S P '

Majlis Sukan Politeknik .

sejak dari first aku masuk team softball aku teringin nak main dalam game MSP .
aku tahu aku tak hebat .
macam biasa , Average .
Average in everything .

tahun ni tahun akhir aku study kat politeknik .
dan peluang akhir aku untuk main dalam game MSP .
tapi persoalanye boleh ke ?

SECARA JUJURNYA ,
kalau tahun ni pun aku tak terpilih untuk first nine.....
aku ada sikit terkilan...
tapi tahap keterkilanan tu aku tak tahu lagi lah banyak mana kan .
sebab kalau aku tak dipilih sebab ada ramai player yang lebih hebat dan berbakat aku pasrah , tapi kalau sebaliknya....sudah tentu aku sedih .

TAPI ,
kalau tahun ni pun aku tak terpilih untuk first nine....
aku tak akan merajuk dengan coach coach aku ,
aku tak akan amik hati dengan rakan rakan dalam team aku ,
sebab aku tahu semangat kesukanan tu penting !

bukan setakat tahu nak menang ,
bukan setakat tahu nak main dalam tournament ,
bukan setakat tahu nak famous dalam arena softball ,

TAPI ,
semangat berpasukan dan saling menyokong antara satu sama lain tu yang paling penting !

SEBENARNYA ,
aku sudah cukup puas kalau dapat ikut dalam semua game yang team aku sertai .
aku sudah cukup puas kalau dapat jadi scorer untuk team masa game .
aku sudah cukup puas kalau dapat angkat bag bat team aku .
aku sudah cukup puas kalau dapat bersorak kuat kuat sampai takda suara masa team tengah fielding .
aku sudah cukup puas kalau dapat warm up sama sama dan jerit kiraan masa star jump .

banyak lagi kalau nak senarai . cukuplah .

TAPI ,
tak salah kan kalau aku mahukan yang lebih dari ini .

untuk berada dalam First Nine MSP 2011 .

Time will tell .
ok lah , aku nak siap siap pergi first training untuk sem ni ne .

Salam :)

Impian dan Harapan tercapai !

Alhamdulillah...


Merujuk kepada post yang sebelumnya,
aku pernah mention nak berada dalam,


First Nine MSP team kan ?


DAN,


Allah kabulkan permintaan aku !
Syukur sangat sangat...........


MOREOVER,


Coach and Majority telah meletak beban iaitu tanggungjawab sebagai,


Woman's Team Captain ! :D


Double Dream Achieved !


Aku sangat terharu......taktau nak kata apa lagi lah. Yang pasti akan aku lakukan yang terbaik buat team dan  PSP tercinta, eceh !


oklah , i have tonnes of things to do , so cau cincau :)

saya ada kz , kamu ?

HAHAHA :D :D :D

rasa nak gelak kuat kuat .
kadang kadang kalau aku takda idea aku suka post menda2 bongoks camni lah
korang baca jela yer ?

saya ada
kz , kamu ?
kamu mungkin ada ms , as , mr , mm , ma dan macam macam lagi .
eh apa benda kau merapu ne ?
kz ne singkatan nama bf saya which is saya tak perlu lah kot nk mention bukan ?
dan kamu juga boleh membuat acronym nama bf kamu kalau kamu mahu , ehe
kalau kamu mahu lah saya tak pernah paksa .

Sekarang saya dan kawan kawan memang panggil bf saya
kz sahaja , kesian bf saya elok elok nama sedap tetiba jadi kz pulak :p

Tapi kan , nama abang
kz saya pun kalau di acronym kan nama dia jadi kz jugak !
dan gf abang dia sudah warning saya supaya jangan tertukar bf ! ROFL funny ah you akak :)
lain gila kot muka dia dengan abang dia , acronym nama mungkin sama tapi perangai very tak serupa , LOL

Jadi untuk penyelesaian bagi acronym nama dia dan abangnya yang sama , saya dan gf abang dia sudah melabel abangnya sebagai kz 1 dan bf saya sebagai kz 2 . brilliant bukan ?
jadi takda lagi istillah tertukar bf atau what so ever . HAHA

conclusionnya : saya tetap sayang kz 2 saya ! :p

Yeay ! aku sudah Super Senior !

heh . tak usah kau berlagak sangat .
besar mana sangat kau tu ?
HAHA

padan muka .
kan dah kena marah . HAHA

aku daftar semester baru di Poly *yg namanya dirahsiakan , ah poyo la kau . 6 Dec 2010 .
bersamaan Semester 6 iaitu semester akhir ! yahoo ! what tha......??
apesal lah nak hepi hepi sangat ne ha ?

aku saja nak mention yang aku sudah berada di semester akhir , dan bakal grad pada bulan April 2011 ini . whoa ! taksabarrr!!

eh eh , tapi graduation day yang kena pakai jubah labuh labuh dan topi berciri empat segi tu lambat lagi la.....setahun lepas tu kot .


sekarang aku rasa hati macam kembang kembang . jantung berdegup degup . bukan pasal kena puji , tapi sebab sekarang aku sudah jadi Super Senior tahu !! HAHAHAHAHA aku rasa cam bodoh gila cakap macam ni . mesti kau rasa nak tendang tendang aku sekarang ni kan ? HAHA !
aku rasa nak delete entry pon ada jugak . HAHA So lame ah you nurul !

aku ada lecturer sorang ne , dia cakap kalau super senior tu bukan yang semester 6 , tapi yang semester 7 , 8 dan sebagainya . HAHA
baru superrrrrb......! kau nak jadi ke ? nak ?

kalau setakat semester 6 ne , halah . orang mana heran ! piiraahhhhh !

sedih aku . baru nak belagak super senior . rupa rupanya senior aje . kalau nak jadi super senior kenalah extend !
mak aiiii....mintak simpang banyak simpang lah yer !
tak mahu lah aku aiiii....cukuplah setakat pangkat senior saja . aku redho . HAHA

jadi . Azam aku semester 6 ne , aku nak dapat 4 Flat ! Amin 25 kali !

fuhh...tingginya azam kau Nurul ?
nothing impossible right ??
my classmate dah prove it lah , kalau dia boleh dapat kenapa aku tak boleh ?
jangan pandang rendah walaupun aku tak sepandai macam kau semua .

usaha mesti lebih ! doa dan tawakal !

p/s : Harap harap dapat sarung Gold Medal masa Graduation Day ! Amin.....

Lee Cooper bukan baju

bukan baju la !
abes kereta ? eh kereta tu mini cooper la sengal .

abes kasut ? tak lah .

abes boxer ? eeeeei bukan !


abes apa ?


Lee Cooper tu Cermin Mata.......baru saya ! hehe T__T


adakah kamu ingat entry yang lepas iaitu
my cermin mata berumur empat tahun ? ini adalah entry rentetan berikutan cermin mata saya yang telah nazak hari tu. ya hari tu. mengapa? hari tu saja dia nazak, tetapi semasa saya ke Tournament Malacca Softball National Open 2010 june lepas, dia sudah tiada...innalillah...R.I.P.. T___________T

what do you mean ?

what i mean is,
my four years old glasses has already gone.

i left it.

at the Tesco Cheng, Malacca.

i mean in the restroom, toilet.

Pathetic, is it ?

why all my stuff should gone.
go away.
disappear from me ?

you are careless girl !

shit.damn it !


nvm.


berbalik kepada Lee Cooper bukan baju dan ya, ia adalah darling baru saya yang menggantikan kekasih saya selama 4 tahun itu. saya terpaksa membelinya kalau tidak, bukan setakat Adibah Noor, malah jika Gajah + Dinasour berada di depan saya pun saya tak akan nampak sehinggalah kamu yang memberitahunya.


kesian.


saya pergi kedai cermin mata di Jusco Bandar Perda. belakang poly saja takyah rasa gempak sangat, jalan kaki pun sudah boleh sampai. but i ride sha's car, with tira ;)


saya masuk kedai A-LOOk. which is kat kedai ni ada Leng Chai ooo..muka macam melayu, hitam manis tak putih like usual Leng Chai, tapi dia hemsem woooo...ohh Leng Chai what is your name...hahahaa first time aku buat ayat bodo macam ni dalam entry, sumpah menyesal. T______T


dia yang serve service kepada saya.
dia paksa saya, eh macam kasar ayat ni. tukar ayat. dia meminta saya untuk buka contact lens dahulu, 20 minit bagi mata rest sebelum pemeriksaan mata secara manual.
dalam masa 20 minit itu lah dia suruh saya memilih bingkai baharu yang bakal jadi darling saya nanti. hey hey Leng Chai, wtf ?? i am blind okay !? i can't even count your teeth right now if im not wearing my contact lens !


ye itu memang benar, saya meraba bingkai spec di atas rak-rak dalam kedai exactly macam orang buta. saya tengok mereka dengan mata yang sangat sepet. hope boleh membantu,
ah useless . tak membantu, saya mencari bingkai spec yang agak old school, atas suggestion classmate, dan as far as i concern, saya memang belum pernah memiliki bingkai old school sepanjang memakai cermin mata, dan ini bakal menjadi koleksi cermin mata yang ke-12 saya !


kau tengok kau tengok, dah berapa banyak aku bazirkan duit bapak aku untuk beli cermin mata? agaknya kalau duit tu semua dikumpulkan, aku dah boleh beli suzuki swift sebijik ! haha! that's too ambitious. T____________T


hm, macam macam yang menjadi idaman, ada Ray Ban, ada Levis, ada Nikon, ada Marc Jacob, ada esprit, ada Lee Cooper, ada biawak erk ? tak tak, saya main main je.

dan seperti yang anda lihat, saya memilih Lee Cooper sebagai penghias mata baru saya !

bajet : 400
lari bajet : 150
total : 550

memang macam harem.
kenapa boleh jadi macam ni ? aku tengah pokai. dan aku pokai kan diri aku lagi ?
sebab power aku sudah naik okay.

previous power.

left : 300
right : 300
Silau : nil

Current Power.

left : 300
right : 325
Silau Left : 100
Silau Right : 50

yes yes i know the differences between current power and the previous one is not really obvious, but this is really affect my sight. yes it is. by using my previous power, i can't even read the last two alphabet line on the screen test. how pathetic me.

settle bab pemilihan bingkai dengan check power, saya pun membuat pembayaran deposit dengan berat hati kerana sudah lari bajet 2010. bagus. itu pun mula mula ada hati nak buat cermin Transition tu ! haha boleh bela !

apa itu Transition ?

secara simple, ia adalah sekeping cermin yang boleh mengubahkan dirinya kepada warna gelap seperti sunglasses jika terkena cahaya matahari. dan ia sekeping cermin yang MAHAL. menyampah aku.

kalau aku ikotkan nafsu hari tu, memang la parok, kopak wallet aku. eh silap, sekarang sudah pakai purse. ehem, kopak purse aku. haha T___________T

elok elok bajet 400, kalau amik transition jadi 675. sekian terima kasih.

saya ada baju BEN 10, kamu ?

saya ada baju BEN 10, kamu?
ada tak?
mesti takda kan?

apa pasal mahu belagak pula?
bukan mahu belagak, saya nak buat blog aje . . .

btw, 2 hari lepas saya keluar pergi menemani fbb saya. maaf typing error. bff saya, Mun, Arni dan Liza pergi ke tesco riding kakak Arni......eh? bukan riding Kakak dia, kami riding kereta Myvi kawan Kakak dia. huh, sungguh complicated kan entry ni? rasa macam nak blah dari blog Nurul cepat-cepat. T____________T

jangan.jangan.stay.stay.

ok, kami jalan jalan cari kasut yang boleh dipakai untuk ke kelas nanti, al-maklumlah, sudah semester 5 ni taste makin tinggi, mane main dah kasut XES ni semua. hahahaha kawan kawan jangan marah ye..kidding , hihi

Arni dan Mun masing masing mendapat kasut idaman yang diimpikan, dua dua kaler putih, pattern hampir sama, ceh nyampah i ( jealous sebenarnya ) berciri wedges dan saiz yang sama juga. heh! habes aku punya kasut mane?

kasut kau takda.
takda saiz.
takda warna.
takda saiz.
takda pattern.
takda saiz.
takda corak.

aku paling benci time shopping kasut !

takpa, mari shopping baju BEN 10 !
hehe. saya jalan jalan selepas kecewa tak dapat kasut dan amat menyedihkan. asyik asyik takda. benci aku !
hm........apa baju kaler kelabu ni ? ade tulisan pulak ?

oh.

BEN 10 ben 10 ben 10 BEN 10BEN 10 ben 10 ben 10 BEN 10BEN 10 ben 10 ben 10 BEN 10 ben 10 ben 10 BEN 10

baju ni cantik la,


"kak! harga brapa ?"
"RM10 dik."
"okay, saya angkat la !"

hehe, saya ada baju BEN 10, kamu ?
takda kan?
mari saya bagi baju ni kat kamu, mahu ?
kenapa ?
sebab bila saya balik dan saya try BEN 10 saya, dan ia TAK MUAT ! ! !

macam harem.
sudahnya kasut aku tak dapat cari, baju aku tak muat.
yang dikejar tak dapat, yang di kendong berciciran. eh ?

sila call 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 untuk ambil baju ini dengan saya.
terima kasih.

my cermin mata berumur empat tahun

dia berumur empat tahun sudah.
tapi dia sudah nazak tahu!
ceit, muda muda dah pandai nazak. gedik betul !


maksud saya, dia nazak kerana sudah patah . huh ~
sudah patah bukan bermakna sudah mati, dia nazak saja kerana saya masih memakainya sekarang. i've no choice men. cermin mata saya patah tangan kiri. T_________T


ada yang tertanya-tanya,


"eh kau pakai spec?"


yer. aku pakai sebab aku rabun jauh power 300 left and right.


"tapi takda pernah nampak pun?"


yer la. sebab haku pakai contact lens pada siang hari. power -2.75 left and right.


"eh, yeke. asal takdak kaler-kaler pun aku tengok kat mata kau?"


sebab aku pakai yang takda kaler punya la ngeng. yang ada kaler tu mahal, buat membazir duit jer. hm. banyak tanya betul kau yer?


"okay okay takmau tanya dah."


"eh kejap kejap, kau pakai spec since bila eh?"


eh tadi cakap takmau tanya ! hmm. aku pakai since darjah 4 la, ni spec yang ke-11 punya.


"whoa! banyak gileeeeer ! kau makan spec ke ape ?"


huh, diamla kau . annoying sungguh ;p


saya memang rabun, saya memang memakai spec pada waktu malam sahaja, saya memang cute . hehehe T________________T

Hari Baru. Musim Baru. Semester Baru.

ya!
semuanya kelihatan begitu baru dalam pandangan mata saya.


ehem, tapi handfone tak baru hoccay.
mind you.


saya masih berkabung diatas pemergian handfone kesayangan saya (ceh baru nak mengaku sayang) itulah orang selalu kata, bila depan mata kita tak hargai, bila sudah pergi baru tercari-cari. ceh pandai pula aku.


semester baru, semester 5.
status: not single, baru pulang dari Practical, gemuk, muka banyak jerawat dan sudah semakin matang. erk?


saya pergi kelas. saya tengok banyak benda baru ! mata saya ada sikit tercuci tapi hidung saya ada sedikit sakit sebab bau kedai kuat sangat . baru macam ubat lipas pun ada.


lelaki
rambut baru. backpack baru. kemeja baru. kasut baru. jam baru. spec baru. handfone baru
( heh, kau sengaja buat aku jeles kan ) boxer baru. slack baru. rokok baru (tukar brand tak pakai gudang garam dah, sekarang main dunhill saja) awek/marka baru. eh?


perempuan
make-up baru (dulu pakai make-up SILKYGIRL saja, sekarang dah pandai pakai M.A.C ok) shawl baru yang ada warna warni siap ada polkadot semua. baju kurung/kebaya baru. high heels baru (dulu pakai yang flat shoe saja, sekarang hamik kau, 4 inch terus !) bangle baru. brooch baru. handfone juga baru and status baru. (single/taken?) HAHA


sebenarnya banyak yang boleh disenaraikan, tapi saya rasa anda boleh nampak sendiri bukan? barang-barang yang baru ini macam mana mereka dapat?


conclusion nya; Beli pakai elaun masa practical la. sebab tu senior-senior yang balik dari practical nampak lebih gorgeous dari semester sebelumnya. heh? jadi adik manis sekalian , silalah anda pergi practical sekarang yer. T__________T

Nokia 5610 Express Music, saya.

yer. yer.
itu handfone saya yang tidak seberapa canggih seperti kamu.

ada yang pakai BB, ada yang pakai i-phone, ada yang pakai 3310, heh kau jangan hina fone ni, dulu pun kau pernah pakai kan?


hm..itulah...Nokia 5610 Express Music saya...
tapi.....tapi...

tapi dia sudah hilang.....

gone!
missing in action!

run away!
sulking ! maybe....
OMGucci!

really can't believe it ! saya masih tak percaya!- baru malam tadi saya main campak-campak fone saya kepada kawan, dan kawan kepada saya, dan seterusnya sampai haku bosan.
- baru petang semalam saya tangkap gambar sendiri dalam toilet depan cermin perasan
diri cantik.
- baru tengahari semalam saya record video kawan saya membebel macam orang gilaa.

- baru semalam sehari suntuk saya bermesej dengan yang tersayang, ehem.
- baru semalam saya cakap
saya sudah bosan dengan fone saya, mahu beli baru boleh?



P A D A N  D E N G A N  M U K A  E N G K A U .

kenapa kau cakap macam tu? kan fone kau sudah
merajuk, kau tengok kau tengok sekarang, fone kau sendiri pergi serah diri kepada pencuri, hahahaha mengong .sedihnyaaaa.....T____________T
sumpah sedih...saya menangis kot. saya telefon emak dan terus menangis. gila ka ? HAHA macam buduh je.


pada hari kejadian; 21 june 2010 , monday.


saya dikehendaki melapor diri untuk pelajar yang balik dari latihan industri.
saya berjalan ke BKP 1, dengan macam ayunya dengan memakai crocs orange saya dan saya takda membawa handbag ke, pouch ke such things apa semua. only the envelope, containing report and my darling handfone which is saya hold dia di dalam genggaman saya.
for your info, saya juga takda pocket di baju kurung seperti mana anda ada masa darjah satu sekolah kebangsaan.

sejurus kemudian, saya menyerahkan diri, ehhh tak tak, saya menyerahkan laporan saya kepada pensyarah yang bertugas. En.Najib yer. sapa tak kenal meh sini kau haku kenalkan !
i am damn excited men ! bukan pasal haku excited jumpa En.Najib, oh tidak. saya excited pasal saya meet teman sekelas saya kembali selepas satu semester takda nampak muka mereka semua...hmm..tula nenek cakap jangan galok sangat nanti menangis, kan? kan? orang tua cakap tu cuba dengar Nurul.

masa saya pergi kelas tu saya ada bawa RM50 bersama, which is (again) saya pegang dalam tangan juga. tujuan; kalau ada kawan-kawan mintak belanja roti canai Dinas saya boleh tolong bayarkan dan nanti engkau sila bayar balik. T_____T


nak dijadikan entry, ada ke saya pergi masukkan RM50 tu sekali dengan report saya dalam envelope dan stepler dan kumpul atas meja sebelah En.Najib sekali dengan report kawan-kawan saya yang lain? pandai. dan saya tak jadilah mahu bayarkan roti canai Dinas tadi.

selepas tu, saya berjalan pulang ke kamsis.
masih dengan handfone saya di tangan. kebetulan pada hari kami melapor diri, ialah hari pendaftaran pelajar junior semester satu sesi Jun 2010 juga, jadi keadaan ketika itu agak kelam-kelibut. sesampainya saya di kamsis, saya baharulah perasan bahawa RM50 saya tiada! oh, haku kena jalan balik pergi BKP 1 la ni?? T_________T
okay fine fine aku jalan. dengan menggunakan handfone saya yang masih belum hilang, saya menalifon Syafiqah ( classmate saya ) yang masih di BKP 1, suruh dia tolong bawa keluar dulu RM50 itu, terima kasih nanti saya ambil dari kamu.

sesampainya saya di BKP1, saya berjumpa dengan classmate saya yang lain which is masa saya hantar report tadi mereka belum muncul dan ini amat mengujakan ! saya galok-galok lagi, gelak-gelak sembang-sembang dan saya pun pulang ke kamsis. saya pergi lepak dekat gazebo yang ada jual burger sana, bersama RM50 saya tadi. tapi saya takda beli pun, takda nafsu pula. ambil bau pun sudah rasa kenyang cukup untuk satu minggu takyah makan. tipu ni.

selepas tu, saya mengorak langkah menuju gerai yang menjual pelbagai air-airan pula. saya gelak-gelak kat sana sikit dan saya terkejut lantas terdiam. perkataan yang keluar dari mulut saya sejurus itu:
" mana handfone aku?????? "saya cuak. saya lihat tangan. oh sangat mengecewakan. im not holding anything anymore except my dearest RM50 only. mana dia? mana handfone saya?? saya terus menuju ke gazebo burger tadi, dengan jantung yang berdebar-debar dan rasa macam mahu meletup saya tanya semua orang disitu " eh, kauorang nampak tak fone aku? fone aku hilang ouh ! weh, weh try miscall jap "

'this is a voicemail for a number 0-1-9-4-*-*-*-*-*-* ...........'

damn it ! i've lost it forever. haha ayat haku. kawan-kawan kata pergi la try cari dekat BKP1 tadi mana tahu kot tertinggal disana...ya, saya dengan muka kecewa macam termakan wasabi banyak, terus menapak kesana. the result: negative. frustrated. ;(
sepanjang hari itu saya tiada boleh buat muka gembira although i am a happy girl actually. but im so sad men ! saya takda boleh sorok muka, takda boleh buat-buat muka gembira macam everyting is fine, semua orang pelik muka saya jadi ketat begini. banyak soalan yang dilontarkan. suatu jawapan yang berat terpaksa saya kembalikan. " handfone aku hilang, tadi. " ada yang muka biasa saja, ada yang simpati, ada yang gembira (siot kau), ada yang kata mahu belikan fone baru, erk?

saya terkilan bukan kerana handfone itu sebenarnya. bukan. but all the 'things' inside the fone. huh sedihlah ;((

the 'things' ,
1. all the saved messages.
2. all the recording.
3. all the video.
4. all the pictute.
semua ini precious 'things' saya takda back-up, saya tak sempat transfer laptop, saya rasa sangat ralat ! oh sedih lagi T_________________T
kamu tahu? selain menangis semasa call emak bagi tahu fone saya sudah gone, saya juga menangis di dalam PI (pusat islam) bukan masa baca doa tu, tapi masa ada taklimat pelajar baru. saya terlihat ada seorang budak pakai fone exactly like mine. dan tiba-tiba saya mengalir air mata. saya tutup muka. my tears drop quite a lot. takda boleh tahan lagi. semua rakan-rakan pujuk saya. junior disekeliling muka innocent saja tengok saya. dan tiba-tiba lagi saya tergelak-gelak dan saya cakap macam ni "im fine, kebahagiaan dalam perpisahan" dan semua gelak-gelakkan saya.
saya pun kembali okay dan normal dan sudah dapat terima kenyataan bahawa my Nokia 5610 Express Music are no longer with me. jodoh kami tak panjang, hanya 2 tahun.
penghargaan;

hazwani dan munirah kerana sudi pinjamkan handfone mereka, hamik kau sampai 2 fon haku dapat. rezeki...rezeki...selagi saya takda beli fone baru, selagi itu akan ku lanyakkan fone kauorang..hahahahakugelakjahat ;)

pengumuman;

kawan-kawan, kamu masih boleh get reach dengan saya melalui number lama okay. takda masalah, saya sudah buat sim card lain. tapi kalau message2 tu silalah perkenalkan diri, nanti kalau takmau bagi tahu sapa kamu, hah free-free saja kena maki dengan aku ;p


Makcik kolam yang garang

iya. anda tidak salah baca.
makcik kolam yang garang sudah buat saya
annoying sehingga saya mahu tulis entry khas buatnya. terima kasih makcik.

semalam.
sabtu, saya ambil cuti kerana saya pergi kerumah Mak Teh di gombak. saya pergi tidur sana.

saya bersama kak dibah, (dia sebaya tapi panggil kakak,
why? i'll tell you later)
kami berpakat mahu pergi tidur dirumah
cousin, kak kinah (dia sebaya tapi panggil kakak, why? i'll tell you later) kerana kami sudah lama tak ketemu and we're having some kenduri sate kajang HAHA aku tipu kau.

saya dan kak dibah naik train dari Shah Alam pergi Kl sentral dan naik putra untuk ke KLCC.
saya dan kak dibah sudah round satu KLCC sana dan kami berasa penat.

jalan punya jalan tetiba,
"pika pika jom pegi kat tempat kolam yang boleh mandi manda tu!"
eh? kak dibah ny......oke.oke jum lah pika bawak.

jalan punya jalan tetiba kami pun sampai lah dekat kolam tu, suma kanak-kanak mandi dengan begitu riang dan saya pun syok saja tengok mereka
sexyy..pakai underwear and two piece ohh sungguh sexyy. HAHAHakugatal ;p

kitorang pun cari
port baekk punya, duduk dekat kerusi bawah pokok dengan angin sepoi-sepoi bahasa . Dan, saya telah menanggalkan kasut converse saya kerana rasa kebas macam rasa nak potong kaki. Heh engkau tolong potong kan kaki aku kejap bolehh takk? rasa irritate gilaaa nih! merah merah ni T______T

saya dan kak dibah ternampak ada satu makcik kolam
yang garang* (aku tulis dia kecil sahaja sebab masa ni makcik tu belum garang lagi depan mata aku) dia pakai segak ! dia pakai kasut kilat ! dia pakai topi @ berey ! apatah engkau panggil menda alah ni? dia pakai seluar slack hitam tuck-in ! dan terdetik hati kecik saya. "hensome pulak makcik kolam ni haku tengok dia" hah.kawan-kawan. ini ayat nak mampos.engkau jangan tiru cakap macam ni.

tetiba pedulikan pasal makcik kolam aku malas cerita engkau punya dressing hari ini blog aku bukan blog fashion. ehem, teruskan//
saya dan kak dibah tetiba rasa mahu celup kaki dalam kolam tu seperti "Nini Cokelat Celup"
celup-celup! ohh aku dah start rasa menyampah pulak dengan entry ni.

saya dan kak dibah pun berjalan menuju ke kolam "Nini Cokelat Celup" itu dan kami celup kaki kami tak sampai 4 detik hah engkauu makcik kolam yang garang tapi hensome* telah mengkeluarkan wiselnya berwarna chrome lalu meniup se
annyoingg yang bolehhhhhh ! ! !

bunyinya seperti ini;
PpprrrriiittttttttttttttttttttTTTTT!!!!!!!!!!!!!!!!! get out both of you from the kolam! the kolam "Nini Cokelat Celup" is just for 12 years and below okekkkk !!!

HAH? ada ke makcik kolam yang garang tu cakap macam ni? hm. ada la sikit, tapi aku tambah ayat bagi ada drama supaya engkau tak rasa menyampah. tapi lagi menyampah bukan?

saya dan kak dibah pun berlalu pergi dari kolam tersebut
aku malas nak sebut kolam apa tu dan kami pergi merempat semula di kerusi bawah pokok berserta angin sepoi-sepoi bahasa english.AKU ANNOYING DENGAN MAKCIK KOLAM YANG GARANG. ini statement harem.
sepanjang saya dan kak dibah duduk di pinggiran kolam, ada haku rasa dalam 87 ribu kali jugak makcik kolam tu tiup wisel dia tu ! apa engkau ingat engkau hebat? tapi dia rasa dia hebat sebab tu dia suka buat statement begini;

"prittt!! heh, tak boleh. tak boleh celup kaki kau busuk"
"prittt!! heh, engkau dah dewasa, ini kolam untuk anak-anak saja "

"prittt!! heh, kalau engkau tak malu engkau terjun la kolam ni sekarang lepas tu aku kaut kau keluar dari kolam pakai jentolak , amacam? mahu? "
"prittt!! ehem..cik abang hidung mancung..silalah rendam kaki awak..untuk awak tak mengapa..awak kan comell..hekhekhek "
euwwwwwww..gelinya aku dengan ayat sampah macam ni !

dia dok prrittt sana, prrittt sini, prrittt depan, prrittt belakang. heh, engkau berhrnti sekarang engkau berhenti tiup wisel tu sebelum haku ikat muncung kau pakai getah posmen dok ikat surat tu karang.

dalam hati saya terdetik begini; fuh. GARANGNYA MAKCIK KOLAM Ni ! habes semua orang dewasa kena sound dengan dia pakai wiesel chrome dia tu dan termasuk saya pun kena juga sebab saya orang dewasa. heheh ;'p

saya pun terus ajak kak dibah gone dari tempat makcik kolam yang garang tersebut.

Motif: Makcik kolam yang garang tak salah sebab itu tugas dia untuk jaga kolam
"Nini Cokelat Celup" itu, dan makcik dapat gaji dari pekerjaanya itu, lagi banyak makcik tiup lagi banyak elaun makcik masuk tak payah buat business MLM ke Direct Selling ke. blablergh !
yang "i'll tell you later" tu engkau still tunggu ke aku nak tulis apa?
tak payah boleh tak, haku malas nak taip sudah pukul 4.30 pagi.
kepala berat. kbai.

politeknik mekanik

hmm..biasa la tu buat tajuk entry mengajuk. bukan-bukan saja kan?

saya sengaja mahu beri tahu anda sekarang saya sedang tulis entry di Kamsis, dalam bilik B2-03-08.

HAHA.

tak sangka. sungguh tak sangka.
macam tak percaya saya sudah kembali ke Politeknik Seberang Perai ini untuk menyambung pelajaran dan menjalani semester 5 dan haku sudah jadi seniorr hooyyeeeahhh ! !
T__________T

macam setan je perangai tak berubah-ubah ! HAHA

saya tamat latihan industri sebenarnya pada 11 june 2010, tapi masih in and out office. eh apa ni? betul lah, masih datang office, buat kerja, ikut pergi packing sana sini, ikut pergi warehouse semua, sampai masa saya naik tangga pun ada orang tanya saya begini,

"eh, kamu bukan sudah sepatutnya blah ke?"
"eh, kenape kau wujud lagi kat sini? bukan spatutnya sudah berambus?"
"eh, saya ingat kamu permenant staff disini...."
"eh, kau tak payah sambung belajar, masuk sini lapor diri terus"
"heh budak kecik kau ni semak je naik turun tangga ni"

please pick one of the best sentence above. thank you. kerana semua sentence di atas aku tipu kau, mana ada masa orang naik tangga tanya saya macam ini? masa-masa lain ada lah kot. kahkahkah ;'p

saya officially last day disana adalah pada 16 june 2010. dan saya takda datang sana lagi dah lepas tu. sumpah .
everyday di tempat practical saya ada morning briefing, semua staff di HQ, HOD di branches, dan Top Management ( aku belajar word rare ni masa sem 3 ) wajib menghadirkan diri ! Any issues and updates, should be announce in the briefing. dan saya dan Mir Rafie dipaksa (oh tak baik cakap macam ni) untuk memberikan sepatah dua kata , ucapan terakhir di briefing tersebut sebelum kami gone dari sana forever, eh tak tak, for several year saja, nanti saya datang lagi ok !

Pada hari kejadian,

Mir Rafie m e n g e l a t ! Huargh!
dia tak hadir pada our last morning briefing itu okayy, katanya; "joe aku masuk lambat sikit tau, aku anta parents aku gi KLIA, xde sape nak antakan. ko tolong berucap bagi pihak aku skali k? thanks! "

kau tengok kau tengok, kesian tak aku malu sorang-sorang kena berucap kat depan sana?

saya mana ada prepare text ke apa ke, practice berucap depan cermin dalam toilet ketika mandi ke, bercakap sorang-sorang ditaman bunga ke, mana ada? kenapa?
sebab saya ingat Kak Azs (Manager) main-main saja masa suruh saya berucap masa briefing last week tu. adoi. padan muka aku.

pada hari kejadian , morning briefing.

" Ada dua orang student practical yang last day kat SA Kargo hari ini..dari Department SA Logistik, diminta Mir Rafie dan Nurul Afiqah untuk membuat last speech sebelum meninggalkan kita semua "

saya berdebar-debar,
kaki dan kepala lutut saya bergetar-getar, apa haku nak goreng kat diaorang ny??
saya menelan air liur lantas mara ke hadapan dengan gaya tersengih-sengih . aku macam nak lari saja dari sini. mummyyyy help meeeeee ! T__________________T

"ehem, assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua. Saya Nurul Afiqah, bagi pihak Mir Rafie skali, maaf dia tak dapat datang,mengelat! saya tau ! haha, dia hantar parents ke KLIA katanya. nvm, firstly saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SA Kargo, Dato' dan Datin kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk menjalani Latihan Industri di sini,, eh sebenarnya saya tak terpilih tau mula-mula mohon tu, kawan saya yang dapat, tapi sebab dia tolak tawaran, then baru nama saya naik. heeee.

saya juga nak mintak mahap banyak-banyak kalau sepanjang saya berada si sini saya ada terkasar bahasa dengan semua, yela saya ni nakal sikit suka kacau worang, tak reti duduk diam ! hiihiii emm, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua di SA Logistik terutamanya kak Zie, kak Azs, kak Rin, Kak Anom, Kak Jihan, abg Ejoy, abg Dino, abg Shamsul hadoi nak sebut semua banyak tu ! terima kasih banyak kerana anda sume sangat banyak memberi tunjuk ajar, tak jemu dengan kerenah saya ni yang suka banyak tanya, hehe honestly saya banyak belajar disini dan.....terima kasihlah! tak tau la nak cakap apa dah. hehe insyaallah, ada masa kita jumpa lagi dan kalau di beri peluang oleh SA Kargo, saya akan datang buat practical disini lagi masa saya further Degree nanti insyaallah...i love you all ! sekian "

haaaaaaaa....hamik kau! sekali aku cakap. HAHA berelak-relak! kan engkau sudah boring mau dengar aku bagi speech. ada rasa mahu muntah? T______T kau lihatlah, tunggang tebalik hayat aku bukan? inilah balasan orang-orang yang tidak prepare speech mereka, huahuahua anda semua jangan buat macam saya oke !

sebenarnya panjang lagi speech saya pagi itu ( tak ingat suda ), sampai ada suara-suara dari belakang yang suruh saya berhenti berucap, terharu katanya sampai mahu menangis! hehe, aku paham aku paham.

saya pun ada terharu bila ada mereka jerit begini dari belakang sana, " we will miss you fika joe! " ohh...i will missing you all also dearrrr..huuaaaa T__T

saya pun berlalu pergi dengan tangan yang terketar-ketar, neves oke ! suara saya gagap-gagap tadi, saya tahu ramai yang notice itu, nvm nak buat macam mana, artis kan. HAHA !

finally, its all over......honestly man, i miss all our moment together at SA Kargo.....what to do, as time never wait for us, just go and never look behind. sekali sekala takpa. HAHA !

so, sekarang saya sudah berada di penang!
mari kita mulakan semester 5 ini dengan jayanya!
hiyyaaaa ! ! !

Budak practical

saya seorang budak practical.
lagi 2 minggu saja nak tamat semua ni.
tak sabarnya!!
rindu poly dan kawan2 la...

tapi,

dalam excited mahu pulang ke penang, saya ada rasa sikit-sikit sedih T________T
ini benar..hampir 5 bulan saya di sini ( SA Kargo ) sangat banyak memberi kenangan pahit manis yang pasti melekat dalam kepala hotak saya selepas kena gam gajah.

saya di tempatkan si SA Logistik dimana semua orang disini sangat warm and cold ( hehe ). mereka ini layak diberi penghormatan yang tidak terkira seperti;

1. dibawa makan angin ke taman tasik shah alam,
2. dibelanja makan twisties perisa sabun ( ada okay perisa ni, engkau jangan pertikai )
3. mendedikasikan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh saya, tajuk ; kau pergi jua
(adam ahmad)
4. dipersembahkan tarian hula hup ! yiihhhaaaa!! goyang goyang punggung sambil pakai tali rafia yang disiat siat.
5. em. dan sewaktu dengannya.

mereka - mereka yang telah meng-gembirakan hati saya di Department SA Logistic adalah seperti yang tersenarai yang dibawah ;

1. Pn. Zarina Abu Bakar
2. Pn. Azlina Najmudin
3. Cik Sarina Sidek
4. Cik Fathihanum Mohd Noor
5. Pn. Mardiana Omar
6. En. Kamaruddin omar
7. En. Azizul Doraman
8. En. Saifuddin Adham
9. En. Amir Abdul Rahman
10. Cik Zaijihan ibrahim
11. Pn. Nurulhuda Hashim
12. En. Shamsul Kamal Sidek
13. En. Mohd Yazid
14. En. Mohd Firdaus Hashim
15. En. Naim Saidon
16. En. Azhar
17. En. Zamrizal
18. En. Shah Rul Hamzah
19. En. Alif Saiful
20. Pn. Siti Zainab Mat Rani
21. Cik Noor Azura Md Arshad
22. En. Razali

; maaf kalau ada yang tertinggal ....err..memang ada yang tertinggal lah..

special one,
Dato' Samsuddin Abdul Rahman and Datin Faridah Ramli. thank you. hehe

dan mereka dibawah ini pula adalah budak practical yang bakal menggantikan saya selepas saya blah dari sini. hoho kasaq ayat tu. T_________T

1. Nazihah
2. Aishah
3. Aifa
4. Akma

mereka adalah pelajar degree dari UITM shah alam. woooo. ;'o
yang pastinya, tiga minggu sebelum saya blah, dua dari mereka telah saya turunkan sedikit ilmu yang tidak seberapa ni. hehe

saya seorang budak practical,
tapi tak lama lagi lah, selepas 2 minggu kembali lah saya menjadi full time student di poly penang sana..penang ! here i come bebeh ! eceh, ;'p

disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan jutaan terima kasih yang tidak tercapai, kerana telah membenarkan saya menjalani latihan industri di SA Kargo Sdn Bhd. jika diizinkan tuhan, insyaallah saya akan kembali ke sini untuk buat practical semasa saya buat degree nanti, AMIN 100x !

yang saya tahu sekarang saya takda idea nak goreng sebab saya sudah mengantuk gila babeng, tak silap pukul 2.20 am bukan?

mari tidur mari hug saya ramai ramai !