hello!
bobby sini.
kamu sana.
shuhh! shuhh!
hee.sekarang sedang study business management.
best? uh tak tak.
KAWAN2 dan pembaca manis sekalian, sape2 yang ada ambil paper ini
silalah baca ini ini semua yang mungkin akan masuk final exam 8 december 09,
hehe, kalo tidak keluar time exam nanti jangan marah bobby okay! heee
a) bab 1 - introduction to management
b) bab 2 - planning
c) bab 6 - controlling
d) sedikit bab 7 dan bab 3 - ogranizing & decision making
jadi kawan!
tunggu apa lagi?
sapa2 yang on9 tuh pergi off sekarang!
sape2 yang masih turun training softbal petang2 uh henti2 kan lah..
tak sedak sedar diri lagi uh!
HAHA padahal kutok diri sendiri!
study weh study!
WE ARE WARNED!
haha tiru.
yeah.konekchiwaq.arigatoq,sayurnaraq.
the blog contents are based on my daily life,
friends & family, studies, feelings, loves, global warming,
and much more,
my keyboard name is; bobby[kawaii is it?]
what i wanna stress here is,
i write what i like.
inspired by; nurulism aje.
for those who was visit my blog, tQ
welcome & enjoy!
Wednesday, December 2, 2009
dia yang cakap
corat coret by nurul.wayer at 9:39 PM 0 comments
Wednesday, November 25, 2009
the COMEBACK bobby!

ouh ouh,
sudah terlalu lama rasanya bobby tidak mempertunjukkan kehebatan mengarut disini bukan?
rinduu...heee
bukannya apa, kehidupan bobby yang terlalu pack dan busy ini lah yang telah menyebabkan bobby tidak dapat memperdendangkan tulisan bobby kepada pembaca budiman sekalian.
tidak mengapa.
bobby mempersembahkan frozen cherry untuk anda sekalian!
tada!
hee.buah hati untu pembaca..eh? bukan bukan, buah tangan la takkan buah dada kot. wtfun!
[bawah 18 jgn baca okay]
hari ini sudah cuti, cuti cuti raya haji,
balik kampung sudah mesti, terlalu gembira tidak terperi!
CEH.tak guna.sempat lagi uh buat pantun tak cun uh. hee
kawan kawan pembaca budiman,
tujuan atau objektif bobby menulis hari ini adalah sebenarnya,
ingin membuat COME BACK!!
HAHAHA!
iye la,dah lama sangat kan tak post apa2.
kekangan masa yang menjerat.wah bermadah pula.pedulikan dia
bytheway kawan kawan.
jikalau masa mengizinkan,
semester depan,
semasa bobby membuat practical di rumah di shah alam,
insyaallah,
bobby akan sesalu meng update blog kesayangan ini,
kerana sudah ada yang bertanyakan mengapa bobby sudah lama tidak mengarut.hee terharu!
hehe
okay lah kawan kawan pembaca budiman sekalian,
bobby ingin mengundur diri kerana ada kerjaan lagi yang perlu di selesaikan.
sekaian,
adios!
corat coret by nurul.wayer at 9:30 PM 0 comments
Wednesday, September 2, 2009
macam B
macam B betol la. adoi. nak kene hantar besok nih. tenet pula macam B. bukan bapa tak bayar bodbend macam B tuh. asyik asyik keluar statemant yang sama. statement yang macam B. "cannot find server" . bagus bagus.
bila macam B ni nak belah dari hidop bobby?
blah skang.blah.blah.
nak bagi tahu. group assignment dengan mr.radhio0o macam B. OH Tidak.tidak. dia macam A ehk.maaf.maaf. dia buat soklan no 1 & 4.
bobby?
ehem. soklan 3 & 4 sahaja.
telah melakukan dengan sangat baik macam B sekali!
tidak diketahui bahawa soklan macam B tu dah selesai ke belum.
tak mengapalah.
macam B wtfun ni nak sambung kerja.
carot pon carot la.
janji rawk bebeh!!!
.macam B.
corat coret by nurul.wayer at 8:47 AM 0 comments
Tuesday, August 11, 2009
MUSKet riders!
yeay! akhirnya. pengarah poly yang terpaksa di rahsiakan namanya sebab die fabulus, telah pun mengishtiharkan pelajar dorang yang lagi comel dari pengarah, yes, dats me la yang comel tu. sebab tu kan, sume da jadi the fabulus MUSKket riders sekarang! CEH yela, bila wabak influenza A HiNi ni, itu sebab senang nak sebut. sudah gila gila merebak tahap cipan tenuk dan sebagainya. sampai ramai yang sudah menjadi arwah dan mungkin sedang di soal di dalam kubur, innalillah.. bobby paksa korang baca Al-Fatihah sekarang!
pagi tadi, dalam pukul 9.30pg, kita orang telah di kerah ke dewan seri mutiara yang fabulus, CEH macam sekalian reader digest tahu mane dewan tu, alah, cuba bayang dewan seberguna kat tepi tepi jalan tu je. kita orang kena angkat kerusi sendiri, dan duduk, u know the sit? yea yea. macam tak biasa waktu MSK, i mean MSK, bukan MASAK, tapi minggu suai kenal HEH. mase kita orang masuk tu kan, tak ramai yang pakai musk tu, TAPI, budak budak DLS 'dip. in logistics and supply chain' yang fabulus je yang letah membawa 'revolusi', aku belajar words rare ni dalam business management semalam. bagus. tertimbul rasa bangga sebentar, HEH. macam bonjol bonjol pulak. hish, lucah kau! mane tak nya, bila kita orang sekalian DLS jalan, suma macam pandang pandang fabulus tau! HAHAHAA
lepas duduk duduk, kita orang kena buka telinga luas luas, untuk dengar sapa sapa yang kat atas pentas tu melontarkan kata kata yang bakal membuat bobby boring dan menguap nguap sampai 8 kali. best sangat! beliau tu cakap pasal HiNi la. suruh kami orang pakai topeng, kalau tak, tak boleh la masuk kelas, lepas tu tak boleh la dapat AJK, lepas tu tak boleh la graduate, lepas tu AA lu pikir la sendiri.
ade ke encik fadil tu kan die memperkenalkan topeng yang aneh kepada kami orang? ada 2 jenis, satu surgeon musk with 3 layers, satu lagi ni yang mentarik prhatian bobby dan rakan rakan, ini dia! model N95!!! HAHAHAHAHA!! laugh laugh! gile. aneh kan? bapak perli baik punya. nak kata rupa dia macam nokia N95 tu, tak pun bobby tengok. bentuk ia kan, seperti kembung kembung kehadapan. ah, sekalian reader digest imagine la sendiri. HEHHEHEE memang macam masket rider yang fabulus. i memang suka ulang fabulus tu banyak banyak kali sebab memang macam fabulus.
tapi kan yang macam tak aci tu kan, ada ke patut, kami SEMUA STUDENT yang fabulus disuruh pakai musk tu, lepas tu kan, lecturer tak payah ah pakai, bagus sangat! memang la, kalau lecturer tutup mulut, macam mana dia nak lecture! CEH, tiru apek. ciplak. lopek. cipek. HEH, ape tu? tapi kan, sumpah aa, kita orang macam nak lemas berpeluh peluh dalam musk tu, banyak peluh kat tepi tepi mulut, hidung, dan mana mana yang tertutup macam masket rider. hensem.
tapi tak pela kan, yang penting kami orang dan bobby yang fabulus tak kena HiNi tu. selamat..AMIN..yang kedua penting, kami macam nampak fabulus comel macam kanak kanak tadika kemas bila pakai musk tu tau! lagi lagi jack! HAHA! sebab bila senyum tak nampak, mata saja yang memberi tahu segalanya..CEH, sia sia je aku buat muncung yang macam nak kiss tu bila tangkap gambar tadi. ketiga penting, sangat efektif dalam menghalang bau bauan busuk dari mulut DIA orang yang TAK fabulus bila bercakap dengan KAMI orang yang fabulus okek! HUH, macam banyak fabulus sebab macam boring pulak. tak pe ,ON STOP fabulus. hantar ke 0.WGJM.GMJ semat seh nombo aku. kalau tak faham diam kau!
hear no evil,
mana see no evil?
lupa nak bagi tahu. ini bobby fabulus.
bersimpulan pada hari ini; masket riders sangat macam fabulus hari ni!
sila TAK PAYAH pakai musk untuk elak HiNi kalau macam dah kebal sangat kan.
corat coret by nurul.wayer at 7:38 AM 0 comments
Monday, July 27, 2009
haih..ini ice skating bikin kaki saket..
seperti biasa.biasa biasa.ice skating ini yang comel dan sejuk ini telah membikin kaki bobby sakit, sengal, dan sebagai bagainya..kenepe ehk? sebab..eh,kejap kejap.kejap la..rasenye ini dah sampai isi, belum mukaddimah lagi bukan? sabar sabar.
sebelum belumnya.bobby ingin menceritakan sedikit sejarah ice skating di malaysia ini. huhu. pertama tamanye,ice skating yang pertama di malaysia telah di bina dengan bangganya di JAYA SUPERMARKET, adakah anda, sekalian reader digest sekalian tahu akan bangunan itu? alah, easy! small the pieces! kacang! hah ape lg, ciput je! HAHA ala...sile lah anda ingat, berita bangunan runtuh sebulan yang lalu, ingat tak? bobby pakse korang ingat skang jugak! haha, hah? ingat dah? baguss laa...hehe aaaaa bangunan yang itu laa..yang tu tuuu..kemudian ia di musnah kan, wahhaha, suka suka hati saja, cakap macam naruto yang musnahkan.hehe, ya ya ia telah dimusnahkan dan telah di pindah kan ke SUNGEI WANG, berdepan dengan TIMES SQUARE, siapa yang tidak tahu itu TS? hah, meh sini aku sepak,sume bende tatau..teruk tol! hahahahaaa..
kemudiannya, ia di musnah kan sekali lagi, what again! dan di 'move' wah2 skipping london konon! the final move! here we are!! SUNWAY PYRAMID, BANDAR SUNWAY!! TAK TAHU JUGAK? HAH! ni yang buat bobby nak tunjuk gambar nih!
HEH! bangunan yang belakang tu lah! bukan kanak kanak tuuu.. adoiyai..
APE? nak lebih jelas SINGA TU? nih dia AMIK!

sebab itu la bobby post entry ini, saje la nak bagi tau yg bobby ada la pergi main ice skating, lastweek, with my cousins..alah diaorang kecil kecil lagi...saja mahu bagi mereka merasa main..HEHE but this is not my first tyme la, dah banyak banyak dah HAHA,entah, tidak pula bobby ingati berapa kali..bagi sesiapa yang berkunjung ke area area Shah Alam, Subang Jaya, Kuala Lumpur, senang area Lembah Klang lah AHA! anda boleh la bersinggah ke sini! bobby tahu..ramai yang teringin nak main pabila korang bertempek kat tepi tepi tu, tengok saja dari atas kan?? tapi korang takot kan? HAAAA.. jangan la takot..u should try tau! best gilak!! ramai yang suka bagi alasan tak pandai main lah, takot jatuh la, roller blade pun tak reti main apatah lagi ice skating la, pakwe tak bagi la, aikk?ade ke alasan macam itu? tak kesah la apa pun, boby pakse jugak korang try, HAHA!
bagi sesiapa yang tertanya tanya; berapa kah harga tiket masuk? satu jam berapa ringgit? blade shoe tu nak kena bawa dari rumah ke? saya mana ada! boleh tak bawa haiwan peliharaan saya? dia pun nak masuk juga! OHH NO! itu tidak boleh laa..okay, disini bobby akan bagi tahu fees dia berapa dan sedikis tips dan rules pabila berada di Sunway Pyramid Ice!
fees are flat rate for any age.
monday - friday = RM 13
weekend and public holiday = RM 20
you will be given the tag with barcode that u have to wear it around your waist.
who dose'nt have glove and socks.
glove = RM 8 seperti di dalam gambar dibawah.
socks = RM 5 kotang pun tahu rupanya bagaimana bukan?
blade shoe = rent (free je..) gambar blade shoe seperti dibawah.

rules.
- you have to wear glove and socks.
- cannot bring handphone and camera inside ice ring. luar ring tak mengapa.
- holding hands up to two people only.
- wear suitable outfit. like sweater and long pants. its cool!
- thats the only thing i know.HEHE
tips.
- apabila kaki anda menjejak kan di ice ring itu, confidence!
- bengkok kan kaki secara posisi kuda kuda, tapi jgn over sangat pulak...
- bongkok kan juga badan korang.
- jikalau rasa hendak terjatuh, pegang kedua dua belah kepala lutut korang. seperti gambar dibawah.

- jangan takut jatuh! tak sakit pun..sejukkk....best!
- kalau jatuh, jangan panggil rakan rakan untuk bantu nada bangun, sudahnya semua jatuh sekali.
- bangun sendiri! bagaimana caranya?
- buat posisi seperti melamar perempuan sambil pegang tangan, HEH lebih lebih pulak, kemudian, kedua dua tangan anda menolak lutut anda yang di atas itu sekuat daya dan bangun!..aihhh..susah betul nak explain yang ini! cuba anda tengok gambar seperti dibawah, gambarnya sekerat saja tapi boleh la dapat gambaran cara melutut itu kan, tapi bukan melutut dengan kedua dua belah kaki, sebelah saja..

- hah, kan lebih senang?
- kalau anda ingi bergerak laju dan bebas, jangn takut untuk mengangkat kaki! jangan tahu seret saja! HAHA!
- selalu perhatikan gerak kaki orang yang sudah mahir, mungkin itu boleh membantu anda!
bobby rasa itu sahaja! HEHE kalau ada yang tersilap info atau maklumat tentang Sunway Pyramid ini, harap di maafkan la bobby walaupun tajuk entry hari ni macam lari sikit je kan!HEHE enjoy!
corat coret by nurul.wayer at 9:29 PM 0 comments
Friday, July 24, 2009
50 'baru' yang bakal 'lama'
50 baru.kedengaran seperti batak.tapi itu la yang bobby nak heboh kan sekarang.ape 50 50 ni bobby...eh betul la...cerita nya berstart sebegini, pada petang yang panas tadi, bobby bersama ibu bobby, ayah bobby, serta adik bobby, serta diri bobby sendiri[heh, lebih baik cakap bobby sekeluarga saja kan?] telah menghadirkan diri kesebuah temasya gilang gilang kilang, iaitu pasar malam.ngok bukan? babe nya gua telah mengkeluarkan duit gajinya dari mesen yang sangat mejik atau kata singular nya magic sekali. apakah itu? remaja remaja zaman sekarang telah menciptakan suatu nama atau telah membuat revolusi atau hanya ilusi bagaikan mimpi jadi realiti,[maaf iklan gig untuk bunkface ahad depan tak bertapis sebab tapis ibu bobby dah ambil nya buat tapis teh] ceh,bobby terpaksa mengUlang kembali. remaja telah mencipta suatu nama yang lebih senang di pronounce dan lebih mudah di ingati sampai terbawa bawa di dalam mimpi atau lebih senang di sebut nickname, apakah? A.T.M [atuk tanam mangga] menarik bukan? i hate you bobby!
okay2 okay bobby faham sekarang.teruskan dengan inti sari india depan rumah ituu...shut up! dah dah, jom ah bela dari blog bobby ni, tak best langsung! sekejap sekajep, stay dulu ye! hehehhehe.
hendaknya ibu bobby mahu membayar ikan yang berbau itu, terus babe nya bobby menghulurkan $ iaitu wang ya,[semua orang pun tahu simbol $ tu apa, kalau tanya budak kecil pun diaorang boleh menjawab "money! money! i want money mummy!" wah! gila duit!] wang kertas itu yang sepertinya kelihatan ringgit malaysia lima puluh sahaja. RM50 ceh, kan senang tu? terdetik di hati saya, WAH! tak cantik nya duit baru itu? saya ulang TAK CANTIK NYA DUIT BARU ITU! ceh,tak cantik tapi sampai buat entry.ngokngek! apa yang saya lihat, terdapat berkeping kepingan wang BARU seperti itu di dalam wallet babe saya.hehehe babe tu ape bobby? kitaorang dari tak faham...aduh! bobby sangka kan reader digest bobby yang pintar ini faham.. baiklah baiklah, 'babe' itu ialah ayah didalam bahasa indonesia..addicted so much la with sinetron yang di paparkan di telivision sekalian itu yang sangat menarik.hahahaha
gile kentang goreng mcD.
setelah di lihat kan berkali kali $ 50 itu, terdapat begitu banyak kelebihan dan kelemahannya. mana bobby tahu? ye la...mana tak nya, dah bobby tatap $$$$ itu sampai juling juling mata bobby.sampai kembang kempis hidung bobby tahu! batak bukan?tapi kan ape yang bobby nak bagi tahu ini hanya beberapa ciri sahaja. diantara nya itu, adalah okay, ini yang paling ketara, saiz $$$$ 50 baru ini kelihatan lebih comel aneh-aneh berbanding $$$$ yang lama. itu bermaskud $$$$ 50 baru ini tidak akan terlebih lebih jika di letak
kan di dalam wallet anda. jadi, $$$$ baru itu akan lebih selamat dan cantik jika diberi waktu mahu di bayar kepada pakcik ah long yang jual ikan busuk itu tadi.[masih ingatkah lagi anda?] betul juga kata engkau bobby, thank you thank you..hehe
yang kedua, warna $ 50 baru itu seakan akan warna $ kertas RM1, percaya lah. kerana mengapa bobby berkata begini? kerana ya, pernah terjadi suatu kejadian aneh, dimana cashier ingin mempulang kan baki kepada pelanggan yang memberi $ kertas RM10, cashier itu berhajat mereturn RM3 tetapi baginda telah mengambil wang kertas RM50 baru itu yang di mana baginda telah menyangka kan bahawa RM1 itu bersamaan RM50. asal? bapak cashier tu da kaya sangat ke? bobby, baginda? sah BM 'A1' tidak.tidak. kerana kecuaiannya itu. baginda telah di ishtiharkan 'short' atau kekurangan wang ketika mengira wang ketika mahu menutup kaunter nya. berapa banyak ketika daaa..dan ini menyebabkan baginda telah di potong gaji dengan gembiranya oleh taukeh kedai weng hong alam megah. haha budak budak alam megah sek 27 shah alam je tahu kedai ngokngek aneh aneh tuuu..apa apa saja lah.
sebelum bobby terlupa. ini adalah trivia.hehe sangat. sebenarnya, wang RM50 BARU ini tidak lah beberapa baharu sangat. mengapa? kerana bank negara telah mengkeluarkan wang seperti ini pada ogos tahun lepas bersemperna ulang tahun kemerdekaan malaysia yang ke-50, dan apa yang istimewanya, di belakang wang itu terdapat cop khas logo kemerdekaan 50 tahun. jadi, wang keluaran itu adalah spesial edition.so ia tidak banyak wujud di malaysia comel ini. nasib la siapa yang dapat.hehe

jadi.bersimpulannya.bobby nak kata.siapa yang dapat $$$$ 50 BARU itu, sekali lagi bobby ulang, BARU itu, jangan la anda, sekalian reader diagest, batak untuk menayang dan menyimpan nya, kerana $$$$ 50 yang BARU itu bakal LAMA apabila ia telah banyak di keluarkan. percayalah! ia telah pun terjadi kepada wang kertas RM5 yang ada lubang lutsinar di tengah nya yang pada suatu masa dahulu, bobby sendiri telah batak menayang kannya kepada rakan rakan sekolah. sekarang, kalau anda tunjuk kepada sesiapa pun, tiada yang mahu batak. jadi itu sahaja. sekian.
corat coret by nurul.wayer at 5:34 AM 0 comments
Thursday, July 23, 2009
kenapakah W>A>Y>E>R itu?

konspirasi curiga.macam ngokngek kan?mentiru lagu ape entah, ke band ape itu,tapi macam best sangat saje.tak hot tak hot..apekah katian nye dengan tajuk hari ini? tidak mentahu sama sekali, huh,mengarut sangat dah segala ini.perlu kembali ke landasan yang benar sekali sekala. bobby, kau benar benar koya kan?dah dah.. kembali sebentar lagi..
kenapakah wayer itu?
ramai yang bertanya.dan bobby dah letih nak menjawab mereka mereka sekalian dolfin.sejenis ikan yang comel yang selalu berada di tengah laut china barat [aik?ade ke?] dan berada di satu tempat yang begitu sinonim dengan kanak kanak kecil, iaitu circus! yeah! lompat lompat!masuk gelung itu! tinggi lagi! ngok engkau! ingat mereka katak kah?
bile nak start ni bobby..reader digest dah bosan dengar engkau mengarut la ngok!
okay okay.sorry sorry.kebiasaan dan keterpengaruhan dengan suatu blog yang sangat menarik telah menarik narik bobby untuk jadi begini gila buat sekian kalinya..huahuahua..mempunyai gelak yang hampir sama.dah dah! mula la kenapa wayer itu tuu...
begini.pada suatu hari itu, hari yang sepatutnya bobby pergi tengok ayam beranak, telah menggamit nostalgia pahit yang tidak berapa manis itu. mengapakah bobby berkata demikian? kerana ye pada hari itu lah bobby mendapat nama baru yang mungkin abadi sepanjang pengajaran dan pembelajaran bobby di politeknik ******.hahahaha..nak rahsia konon, boleh main jauh jauh bobby! semua orang tahu ituuu..
explorace khas buat maintenance crew, atau mantanance crew, atau mentance crew, mengapa begitu? malas nak explain. kenape bobby!bagi tahu jela.. tapi di paksa explain, hmmm..kerana sebegitu ramai budak budak politeknik ****** ini yang tidak tahu mengeja 'maintenance' semasa menghantar assignment diaorang itu, dan bobby lah orangnya yang terpaksa mengumpul dan menyemak mereka selaku setiausaha kelab yang macam best itu. ini semua berlaku semasa bobby berada di semester dua okay. ah! bajet krenn engkau bobby! no! im not!, tapi ada suara yang lain menyampuk, yes, i do! hahahaha dua dua I punyaa..
gile.gile
seperti yang di mention di atas sebentar tadi, explorace ini berlangsung dengan gilang jalur gemilangnye semase bobby di ishtiharkan semester satu dengan rendah dirinya..mase ini mane boleh belagak lagi.budak budak hingusan nak kene penyepak dengan senior sekalian kalau sidai baju serta baju yang dalam dalam semasa minggu suai kenal. try la kalau anda sangat keberanian selepas meminum marigold HL milk perisa asam jawa. engkau ni penipu gabak la bobby! mane ade!ape ape saja lah.
bobby telah ditakdirkan bertemu jodoh ehem ehem!, [aip! belom abis explain lagi!] dengan beberapa teamate dalam kata nama khas lain, ahli kumpulan yang telah di permenant kan untuk explorace ini. untung bobby serta bergembira bobby bukan kepalang besi, tak ingat teamate yang lain, hanya satu ini sahaja. Dia adalah mamu dalam kata plural farid. beliau anak jati penang. bukan anak mami, tapi anak mamu. sebab beliau adalah berjantina lelaki sejati. confirm!
kami telah berkerja sama di dalam menghabiskan ke sepuluh sepuluh task yang di bagi oleh kakak kakak dan abang abang senoir senior, berapa banyak kata ganda daaa bobby..
sepanjang kejadian itu,bobby bersama farid yang mana beliau adalah YDP jabatan kejuruteraan elekterik sekarang serta teamate yang lain asyik lah selalu berlawak lawak serta bergurau senda bagai tiada hari esok lagi, [harap harap jangan la] contoh lawak nya tiada bobby simpan di dalam ingatan dan otak yang sudah berselirat bagai wayer di belakang telivison [iye bobby tau ejaan itu salah sama sekali, memang la, nenek bobby bukannye sekolah habis pun!] ngek! tiada kaitan langsung! kerana telah terlalu lama sejak semester satu memandangkan bobby sekarang dah nak daftar semester tiga okay, sekali lagi bobby ulang 3, lucky number three, dalam bahasa cina 'sei', adakah readers digest sekalian faham akan maksudnya bobby? berlagak nak mati engkau ye bobby? baru semester tiga, bajet senior kah? jeles jeles bwekk!!
berlawak bersama beliau tersangat lah seronok sehingga ultramen yang sedang menyelamat kan dunia jepun nya yang sedang melawan raksaksa telah berhenti dan bergelak bersama sama kami.hahahahaha [ini tipu] di dalam tempoh masa ini, sesi suai kenal hanya satu hari, yang nak ingat nama orangnya berguni guni, [wah! boleh buat pantun!] kerana nya tersasul dari mulut beliau farid itu, kerana bobby yang gila gila, beliau telah menciptakan sehelai nama baru yang sedang terkenal di politeknik ***** sekarang, [nama poly itu terpaksa dirahsiakan atas sebab sebab keselamatan] kerana bobby yang sengal baral tahap gaban, beliau telah memberikan sebuku nama itu..yang di sebut W>A>Y>E>R atau W>I>R>E atau, what ever you call it.
bobby sangat bersyukur kerana beliau telah mengadun suatu nama yang sangat unik dan telah mencairkan hari kepada sesiapa sahaja yang telah mendengarnya dan senang untuk di ingati pada bila bila masa dan sampai bobby letih nak menjawap kenapa orang panggil W>A>Y>E>R sehingga bobby berputuskan untuk menulis entry ini sebagai explaination yang lengkap lagi mengarut! thumbs up for you farid! haha klaka2.suke gelak pada hal tak lawak pun!
moralnya disini. bobby dah letih nak mencarut dan mengarut dan apa jua yang anda panggil ia. semoga beliau di cucuri rahmat..[ayat ini bukan untuk orang meninggal je bukan?] ingin di ingati, bahawa wayer bukan suatu barang mainan yang boleh dibuat transfomer, ia adalah nama lagenda terulung di politeknik ***** yang sekali lagi di rahsiakan lokasi nya. sekian.
corat coret by nurul.wayer at 8:01 PM 0 comments
Labels: uncovered the truth




